Gambar diatas sempat dirakam sewaktu berada didalam perjalanan kami dari IKA (Imam Khomeini Airport) ke hotel tempat kami bermalam. Kami menaiki van Toyota yang disewa sekitar US Dollar 100 setiap hari termasuk pemandunya yang berbangsa Parsi dan boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik. Yang menariknya, hampir semua bangunan sama ada pejabat ataupun kediaman di hiasi dengan gambar yang menarik. Antaranya gambar pemimipin Iran, ayat-ayat suci Al-Quran dan juga gambar hidupan laut. Ianya mengambil masa 1 jam 40 minit untuk kami sampai ke hotel yang terletak di bandar Tehran dan berdekatan dengan Pejabat Konsulat Malaysia.
Kami sempat juga merakam gambar diatas. Satu-satunya tol di tehran yang dimesti dilalui selepas keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tehran, IKA.
Kami berkesempatan untuk berehat seketika pada malam pertama sambil menikmati makan malam di salah sebuah restoran yang terletak berhampiran dengan bukit-bukit sekitar bandar Tehran yang lebih dikenali dengan nama Darban. Makan malam kami sekitar US Dollar 20 bagi setiap orang. Kami dihidangkan dengan salad sayur-sayuran hijau dan buah-buahan, nasi beriani , roti, kebab ayam/daging , yogurt dan air mineral. Makan malam mengikut tradisi rakyat Iran. Agak mahal tetapi mengenyangkan dan lazat. Cuaca agak sejuk dikawasan itu sekitar 18 darjah celcius. Untuk memanaakan badan, kami dilengkapi dengan pemanas dibawah meja makan kami. Selepas menjamu selera, kami melihat penjualan jeruk-jeruk buah-buahan seperti walnut dan pelbagai jenis beri.
Di Darban, terdapat juga penjualan kain rentang yang ditulis ayat-ayat suci dan kata-kata aluan seperti Assalamualaikum Ya Fatimah Az-zahra (lihat gambar dibawah)
Sesungguhnya keletihan kami hampir sepanjang hari berada didalam pesawat yang mengambil masa sekitar 6 jam dan berada didalam kenderaan mengharungi kesesakan lalu lintas di Tehran sama sekali hilang bila diakhiri dengan makan malam yang agak istimewa sebelum kami beradu.
Keesokan harinya agak lebih mencabar bila terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas di Tehran dan tugasan yang berat apabila meneruskan kerja-kerja yang belum selesai.