09April1990 - Hari pertama aku melapur diri sebagai Pelatih Pengurusan di syarikat penerbangan rasmi Malaysia - Penerbangan Malaysia. Ditawarkan bekerja untuk pertama kalinya setelah menamatkan pengajian di luar negeri. Disinilah bermula dunia pekerjaan yang sebenar bagi diriku. Ditawarkan gaji permulaan dibawah 1K selama 2 tahun. Sebelum itu, aku bertugas di syarikat insuran dan seterusnya menjaja setiap hari menjual buku-buku ilmiah di Grolier. Dengan berbekalkan ketabahan menghadapi dunia pekerjaan yang menjanjikan 1001 macam keistimewaan (sewaktu mula bekerja..ceritanya), tawaran seumpama ini untuk bertugas di Penerbangan Malaysia adalah sesuatu yang membanggakan bagiku dan keluarga.
Pada mulanya aku bercadang menjadi seorang juruterbang (orang utara slang Inggeris cakap pilot) . Walaupun hampir memohon jawatan tersebut tetapi tidak kesempaian setelah menerima sepucuk telegram dari MAS bagi jawatan Pelatih Pengurusan. Surat permohonan tersebut telah dibakulsampahkan sejurus
membaca isi kandungan telegram tersebut.
Hari pertama mula melapurkan diri di Bangunan Kabin Tambahan, Subang (kini bergelar Admin 3 Building, Kompleks B, MAS).
Hari ini genaplah 20 tahun (secara sedar atau tidak) aku berkhidmat di Penerbangan Malaysia.
Bersambung.......
Semalam, Hari ini dan pastinya esok yang mendatang ....Kisah seorang budak kampung yang berasal dari Kempas,JB dan cuba menceritakan kisah hidupnya yang penuh 1001 macam cerita untuk dikongsi bersama...baik yang lucu,ceria dan juga yang sedih...itulah Kehidupan
Subscribe to:
Posts (Atom)
DENGAN RAKAN-RAKAN AUSMAT DI TANAH SUCI MEKAH-2023
Alhamdulillah tercapai hasrat saya dan isteri untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5. 2023. Bersama Sazli (kiri), Jamil (suami Samsiah), Sa...
-
The entrance to the Agrotechnology Park, Brunei. The road near the entrance of the Agrotechnology Park remind me of the view of cou...
-
09JUN24/ BAHAGIAN 2. Turut hadir, kawan-kawan dari BSN dan Malaysia Airlines. Dari kiri: Zanida dan suami, Hani dan Shahairi.
-
LONDON E15 (Dedicate this story to whom I loved and anyone knows me) This is the 7th house that we rented during college days. This photo w...