Nota: Ayah (ditengah-tengah) bersama rakan-rakan termasuk Allahyarham Abdul Karim
( ayah saudara saya yang bersongkok) selepas majlis pernikahan ayah di Johor Bahru -1960.
Tepat jam 6.45 petang, adik perempuan menelefonku untuk menyampaikan berita yang kurang menyenangkan. Ayah sakit kuat. Dengan harapan dapat menemuinya, secepat mungkin aku membungkus pakaian dan terus menaiki kereta. Adik lelakiku yang menunggu di Kelana Jaya menelefonku sambil menangis teresak-esak sejurus selepas itu. Ayah pergi untuk selama-lamanya.
Hanya ibu, adik perempuanku dan adik ipar sahaja yang sempat bersama-sama ketika beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Hanya doa dan harapan agar beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beramal soleh dan dibawah lindungan Yang Maha Esa.
Pengorbanan kami didalam membantu beliau menghadapai sakit yang dialaminya hanyalah seketika jika dibandingkan dengan usaha beliau membesarkan kami didalam serba kekurangan. Bayangkanlah setelah berkhidmat hampir 10 tahun di Singapura bersama Rejim Askar British, beliau memulakan penghidupan baru bekerja di kilang yang berdekatan dengan rumah kami dan memperolehi wang yang cukup untuk membesarkan kami berempat (kakak, saya dan adik perempuan ketika itu dan ibu).
Bersambung...
Alfatihah buat ayah yang tercinta!