1973-Merupakan tahun pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah. Terpaksa menaiki bas sekolah dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke sekolah. Tahun pertama sekolah bermula pada waktu tengahari (berbanding sekarang hampir semua sekolah mengadakan satu sesi sahaja iaitu pada waktu pagi). Pada 1973, saya ditempatkan di Kelas 1E (kelas terakhir bagi tahun 1) di Sekolah Rendah Larkin 2, terletak kira-kira 6 batu daripada rumah. Antara rakan-rakan yang masih saya ingat ialah Azman, Shamsul, Chong. Guru kelas ialah seorang guru yang berbangsa India. Perkara yang paling menarik sepanjang tahun 1973 ialah tentang perangai rakan-rakan sekelas. Antaranya, Sudin (bukan nama sebenar) yang mengelilingi pokok kelapa setelah tidak dapat menyelesaikan masalahnya. Sebabnya, dia tidak sengaja telah membuang air besar didalam seluar.Setelah dipujuk barulah dia masuk ke kelas tanpa memberitahu masalah sebenar yang beliau hadapi. Tetapi masalah lain pula yang timbul. Bukan sahaja bau yang terpaksa kami hidu tetapi najis yang sudah jatuh diatas lantai. Ekoran daripada itu, terpaksalah tukang kebun sekolah menyelesaikannya.
Seterusnya si Sudin ini pula buat hal bila makan di kantin sekolah. Dia (yang sememangnya masih mentah didalam masalah hukum agama) berkongsi makanan yang dibawa oleh Ah Siong (bukan nama sebenar) dari rumah. Bila ditanya rakan-rakan, lantas dijawabnya "Sedap betul sambal ikan yang Ah Siong bawa tu"
Siapakah yang harus disalahkan didalam hal ini?
.........bersambung....