Sunday, October 26, 2025

SHANGHAI OKTOBER 2025

Perjalanan pertama ke Shanghai pada 21 hingga 25Oktober 2025.

Meliputi 3 bandar utama. Bermula dari LTAB Pudong ke Suzhou (1 malam di sana),

diikuti Hangzhou ( 1 malam) dan seterusnya ke Shanghai untuk 2 malam.

Saya dan isteri mengikuti rombongan bercuti dari Malaysia.




Sebelum berlepas pulang ke Malaysia di LTAB Pudong (Terminal 2).

Sunday, March 2, 2025

PARIS

 

Di lapangan terbang Paris, Charles De Dau bersama pemandu sya.


Salah satu stessen bawah tanah di Paris.


Saturday, January 18, 2025

DESTINASI 1986-2024 BAHAGIAN 3

 

DESTINASI 1986-2024 BAHAGIAN 3

 Sekadar celoteh.

Selain Malaysia dan Singapura, saya berkesempatan mengunjungi beberapa negara sepanjang tahun 1986 hingga 2024.

SEKADAR CATATAN BUAT SAYA DAN YANG MENGENALI SAYA.


21.Taiwan

Taipei (TPE)

Saya ke sini sekitar tahun 1991.Menghadiri mesyuarat MH bagi stesen di Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan China. Menginap di Asia Plaza,Taipei.

Ketika ini, LRT Taiwan baru saja memulakan pembinaannya.

Kaohsiung (KHH)

Saya tidak berkesempatan ke sana walaupun mendapat jemputan (kawan) dari Pengurusan Jualan MH. Terkenal dengan kain silk Taiwan di sini.

Kini MH lagi idak beroperasi ke sini.

22.Korea Selatan

Incheon (dulu MH ke Seoul).

Sekitar tahun 2024, saya berkunjung ke Incheon dan Seoul bersama-sama dengan kumpulan seramai 24 orang (ikut pakej travel agent Malaysia).

23.Brunei 

Bandar Seri Begawan. 

Ibu negara Brunei.

Antara negara ASEAN yang sempat saya kunjungi.

Kini, MH tidak lagi beroperasi ke sana.

(Sila lihat artikel saya di blog ini bertarikh 13Dis2013, Botanic Park in Brunei Darussalam dan Night Market at Gadong,Brunei Darussalam (bertarikh 07Jan2014).

Turut menaiki pesawat MASWINGS daripada BWN (Bandar Seri Begawan) ke KCH( Kuching) untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Sunday, January 12, 2025

DESTINASI 1986-2024 BAHAGIAN 2

 Sekadar celoteh.

Selain Malaysia dan Singapura, saya berkesempatan mengunjungi beberapa negara sepanjang tahun 1986 hingga 2024.

SEKADAR CATATAN BUAT SAYA DAN YANG MENGENALI SAYA.


LTAB KLIA1

Antaranya

7.UAE (United Arab Emirates)

 Dua destinasi utama di UAE yang menjadi hub bagi perbangan pesawat ke Eropah/UK : Dubai dan Abu Dhabi.

Dubai 

Dulu,MH beroperasi ke London (dan juga ke Newark, New York, A.S) melalui bandar Dubai (sekitar 1990an sebelum ianya dituup).

Sekadar transit untuk beberapa kali (dengan MH, Emirates dan Singapore Airlines).

8.Qatar

Doha

Tempat transit saya dari Tehran ke Kuala Lumpur. Kini, lapangan terbang tersebut telah tutup dan dibina yang baru (lebih besar).

9.Iran

Tehran

LTAB yang barunya di Tehran dibina oleh konsortium syarikat Malaysia dan menyerupai bentuk KLIA. Sebelum sampai ke lapangan terbang antarabangsa ini, sebahagian pelancung akan singgah di makam Ayatullah Khoemini (Presiden Iran selepas Shah Iran).

Saya menghadiri mesyuarat di pejabat Civil Aviation Iran di Tehran. Terletak tidak jauh dari lapangan terbang lama yang kini beroperasi untuk penerbangan domestik.

10.Jordan

Amman

Sekadar transit (persingahan) di Amman sebelum menuju ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1988 (pulang bercuti musim panas).

Walaupun pesawat mendarat pada waktu pagi, terasa juga bahang padang pasir di Jordan. 

Menaiki pesawat Royal Jordanian (RJ).

11.Saudi Arabia

Jeddah dan Madinah

Destinasi utama untuk menunaikan haji dan umrah.

Pertama kali saya menunaikan umrah (berseorangan dan tanpa kursus) pada tahun 1992 dan tiada siapa menunggu saya di Jeddah. Alhamdulillah, saya disambut (secara rawak) oleh pengelola kumpulan umrah (Allahyarham Hj.Nasoha).

Juga berkesempatan ke pekan lama Jeddah setelah tamat perbincangan dengan pihak penerbangan awam Saudi (GACA).



Bas sightseeing di Kota Madinah


12.Pakistan

Karachi

Pertemuan dengan pihak penerbangan awam Pakistan untuk pertama kalinya. Perjalanan yang ringkas (untuk 2 hari) terbantut ekoran pembunuhan seorang wakil parlimen Pakistan (ditembak semasa ambil wuduk di Masjid). Pertemuan saya dibatalkan pada keesokan hari (Karachi Curfew) dan dianjak kepada hari berikut.

13.Indonesia 

Jakarta

Menginap di hotel berdekatan Stadium Gelora Bung Karno.

Berbuka puasa di Hotel Mulia bersama pihak penerbangan awam Indonesia (DJU).

Tidak lupa juga singgah Tanah Abang (kawasan membeli-belah secara borong) sebelum pulang.

Medan

Sempat berjumpa ahli keluarga sebelah ibu di Medan.

LTAB asalnya di Polonia dan  kini di Kuala Namu.

Kini sudah ada lebuhraya (yang bertol) menghubungkan Kuala Namu dan Medan.

Check-in di LTAB Kuala Namu (yang menggantikan Polonia)


14.Thailand

Chiengmai

Salah satu destinasi di Utara Thailand.

Bersama keluarga ke sana (bertiga waktu itu). Tempat menarik termasuk Taman Gajah, Kedai emas/jade, taman orkid dan pasar malam di bandarnya (macam di Petaling Street).

Bangkok

1988: Mulanya transit dalam perjalanan ke Karachi. Menaiki pesawat Pakistan Airlines (tidak lupa nasi beriani yang sedap).

2003: Menghadiri mesyuarat bersama pihak penerbangan awam Russia yang dikelolakan oleh Thai Airways (TG).

Hat Yai

1992.Sewaktu itu cuma ada 4 tempat membeli belah.

Saya menginap di JB Hotel selama 5 hari. Menghadiri Mesyuarat di sini bersama perwakilan MH dari ASEAN.

Waktu itu, MH beroperasi ke Hat Yai.

15.Kemboja

Phnom Penh

2 kali ke sana.

Pertama, bercuti bersama isteri dan menginap di Holiday Inn . Meluangkan masa makan tengah hari di Cafe Malaya yang dibuka oleh rakyat Malaysia bersama Wan Nazli dan isteri. Juga ke pasar utama Phnom Penh (Central Market) dan pasar Rusia.

Kedua, menginap di Naga World Hotel (dikelolai oleh rakyat Malaysia) kerana menghadiri mesyuarat dengan pihak penerbangan awam Kemboja. Juga berkesempatan ke Toul Sleng Genocide Museum (meningatkan kita kepada kekejaman sewaktu pemerintahan Pol Pot, Perdana Menteri Kemboja ketika itu)

16.Vietnam 

Bandar Ho Chi Minh (nama lainnya Saigon)

Ingatkan lagu 'Good Morning Vietnam' ?

2 hari 1 malam, menggunakan tiket diskaun (confirmed seat) ke Saigon setelah berkhidmat lebih 20 tahun bersama MH.

Berkunjung ke pasarnya Ben Thanh. Di sebelah malam, pasar malam diadakan di luar pasar ini.

Hanoi

Memenuhi tuntutan bertugas, sekali lagi ke bandar pentadbiran penerbangan awam Vietnam (CAAV).

17.Jepun

Tokyo 

LTAB yang dijejaki keluarga saya adalah di Narita (NRT). Bermalam di hotel berdekatan. Cuma 10minit perjalanan bas percuma ke sana.

Untuk pertama kalinya, melihat AEON Mall di pekan Narita.

Untuk kali kedua, saya menghadiri mesyuarat bersama MH dengan JL (Japan Airlines) di bandaraya Tokyo.

18.China

Beijing

Mesyuarat yang dijadualkan batal dan impian saya ke Beijing, ibu negara China tidak tercapai.

Guangzhou

Bandarnya juga di kenali sebagai Canton, terletak di Selatan China.

Kunjungan pertama, menemui pihak berkuasa penerbangan awam di Canton (CAAC). Kenangan manis bersama Pengurus Kargo MH, Oscar yang membawa kami ke tempat mesyuarat dan tempat makan sepanjang 2 hari di sini.

Kunming

(Nota: MH sebelum itu beroperasi ke Kunming.)

Selepas transit di Guangzhou, kami menaiki pesawat China Southern Airlines (CZ) ke Kunming. Rakan kami, Oscar dan Karen turut membantu kami sewaktu di Guangzhou.

Kali ini, saya menghadiri taklimat penerbangan dari CAAC di pusat latihan penerbangan awam di Kunming.

(Nota: MH sebelum itu beroperasi ke Kunming.)

19.Australia

Sydney/Canberra

Penerbangan MH hanya ke Sydney sebelum kami menaiki kereta ke Canberra (ibu negara/bandar pentadbiran Australia).

2 mesyuarat di Canberra menemui Jabatan Penerbangan Awam Australia dan Kementerian pengangkutan Australia.

Salina, Aziz dan Sheila membantu kami sewaktu ke sana.

Hanya sempat singgah sebentar di Pantai Bondi, membeli cenderahati di Paddy Market, Sydney) dan melewati Sydney Harbour Bridge (pada waktu malam).

Perth

2 kali keluarga saya ke sana.

Pertama, sewaktu sahabat saya Roslan dan keluarga berada di Perth.

Selain daripada factory outlet di bandar Perth, anak-anak dapat ke Zoo Perth melihat binatang-binatang yang hanya terdapat di Australia seperti kangaru, Koala Bear.

Kedua, rancangan lawatan keluarga yang diatur sendiri. Kali ini cuaca Perth agak panas (sekitar 37 darjah celcius).

Persinggahan di Freemantle juga menarik (di tepi laut). Fish dan  Chips yang tidak kami lupakan dan pusat cenderahati yang dimiliki oleh warganegara Indonesia yang ramah.

20.New Zealand

Auckland

Perjalanannya agak lama seperti ke kota London (hampir 13jam) 


Saturday, January 11, 2025

DESTINASI 1986-2024

Sekadar celoteh.

Selain Malaysia dan Singapura, saya berkesempatan mengunjungi beberapa negara sepanjang tahun 1986 hingga 2024.

SEKADAR CATATAN BUAT SAYA DAN YANG MENGENALI SAYA.

Antaranya

1.United Kingdom/Great Britain.

       Destinasinya meliput England, Wales, Scotland dan Northen Ireland.

   London-paling utama -tempat saya berkampung selama 3 tahun sewaktu belajar di sana.

   Menggunakan tiket percuma setelah setahun bertugas di MH. 

    Saya juga berkesempatan membawa keluarga ke sini.

    Manchester - lapangan terbang yang pertama saya jejaki sebelum ke London. Waktu itu menaiki pesawat Singapore Airlines.

   Turut singgah Stadium Manchester City di sini bagi memenuhi janji anak kedua yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.

  Glasgow,Scotland-tempat berkampungnya sebahagian daripada rakan-rakan saya yang sama-sama ke UK sekitar tahun 1986. Termasuk Allahyarham Azhar dan Hadi.



 Edinburgh, Scotland-terkenal dengan istananya (tempat bersemayam raja-raja suatu ketika dulu       sebelum ke London). Sempat menaiki British Airways dari Edinburgh ke Heathrow, London sewaktu   pemandu keretapi mogok pada tahun 2023.

   Bridgend dan Cardiff/ Wales - menziarah sahabat sekampung di Wales. Seronoknya bila diberi kereta percuma untuk melihat persekitaran sekitar Wales bersama keluarga Siti dan Zul.

2.Perancis

    Hanya singgah semalam di Paris semata-mata untuk melihat tower kebangaan rakyatnya, Eiffel Tower. Kami menaiki keretapi laju (yang melalui England-France tunnel bawah laut) dari stesyen keretapi Saint Pancras ke Paris. Tidak lupa kedai makanan Pakistan yang terkenal dengan kebab dan nasi beriani, supermarket Carrefour dan pemandu van kami ke lapangan terbang CDG( Charles De Gaulle) 

3.Belgium

   Ibu negerinya, Brussels.    

    Terkenal dengan monumen Budak kencing berdiri dan makanannya, Waffle.

    Tercapai impian saya ke sana bersama sahabat sekuliah, Samin Ashraff, budak innocent dari keluarga muslim India yang membesar di kota London.

    Menaiki bas, feri dan keretapi ke Brussel (pengangkutan paling murah ketika itu - Pakej 5 hari).

    Di Brussels, terletaknya pejabat Euro dan pengkalan tentera NATO (no actions talk only - ini yang disebut oleh golongan tertentu).

    Untuk kali kedua, saya menaiki keretapi dari Amsterdam ke Brussels bersama keluarga. 3 hari malam sahaja. Naik bas dua tingkat (sighseeing bus) pusing sekitar Brussels melihat tempat-tempat menarik di Brussels seperti Mini Museum Eropah dan bangunan unik yang dikenali sebagai Plutonium. 

Fakta bolasepak: Bagi peminat Liverpool -Stadium Heysel yang mengorbankan peminatnya ketika berlaku rusuhan antara dua kelab bolasepak. Stadium ini terletak bersebelahan Mini Museum Eropah.


4.Belanda

  -Lapangan terbangnya yang terkena Schipol, Amsterdam.

 - 2 kali berkunjung ke sana, 1989 dan 2003.

  Amsterdam. Sempat melihat Kincir Air , terumpah Belanda dan kawasan pelancungan di tepi laut (tempat negara Amsterdam memproses air laut yang masin menjadi air minuman untuk kegunaan rakyatnya).

5.Jerman

Frankfurt

Sempat dikunjungi sebelum destinasi ini ditutup oleh MH. Yang kurang menarik bila pusat membeli belah ditutup pada hari minggu dan hanya berkesempatan melihat bandar lama Frankfurt yang penuh dengan sejarah.

Berlin

Dulunya sebahagian daripada Jerman Tidur (negera fahaman Komunis) sebelum disatukan dengan Jerman Barat setelah Tembok Berlin diruntuhkan.

Sekadar 2 hari 1 malam di sini menghadiri mesyuarat syarikat penerbangan di pejabat Air Berlin.

Nota: Kini, syarikat Air Berlin sudah ditutup ekoran krisis kewangan.

6.Turki

Dulu Mustapha Kamal Attartuk lebih dikenali. Kini Erdogan.

Istanbul

Sampai di lapangan terbang yang lama (sebelum ditutup dan berpindah ke kawasan baru). 

10Hari 7Malam. Mengunjungi beberapa bandar utama/kawasan di Turki.

Menaiki feri ke bandar pertama, Bursa dan bermalam disana.

Perjalanan seterusnya ke Konya, Pamukale dan Ankara (muzium Istanbul khasnya berkenaan dengan sejarah Mustapha Kamal Attaturk).



BANGUN DONG! KE KOREA KITA.

Bersama group Jom Jalan, tercapai impian saya ke Korea Selatan untuk pertama kalinya.

Negara ke 21.

Menaiki pesawat MH66 dari Kuala Lumpur.

Masih terngiang-ngiang di telinga saya, suara pemandu pelancong yang fasih berbahasa Melayu (lebih kepada bahasa Indonesia) mengejutkan rombongan kami untuk bangun dan bersedia untuk ke destinasi seterusnya.

Hari Pertama

8 Pagi -Usai mendapat bagasi, kami terus menaiki bas ke Pulau Nami. 

11 tengahari- Sebelum sampai, kami singgah untuk makan tengahari di restoran yang terletak di Chuncheon.. Hanya satu restoran yang halal di kawasan ini dan telah dikunjungi rakyat Malaysia (dalam perjalanan ke Pulau Nami) termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tun M, artis seperti Datuk Siti Norhaliza). Menunya, daging lembu yang dibakar sendiri oleh pelanggan. Dan nasi dan sayurnya, Kimchi.

1 tengahari- Menaiki feri ke Pulau Nami. Kawasan ini terkenal sebagai lokasi pengembaraan 'Winter Sonata'


Makan tengahari di Chuncheon.


BANGUN DONG!

Pemandu pelancong wanita yang bernama Shiri. Mempelajari bahasa Melayu hanya dengan menggunakan YOUTUBE selama sebulan untuk fasih bertutur kepada pelancong dari Malaysia.


Bersiar- siar di taman tasik  Seokchon, berhadapan taman tema Lotte dan Lotte World Tower. 


Perpustakaan (Starfield Library)yang terletak di pusat membeli belah, COEX Mall.





Saturday, January 4, 2025

BERKAMPUNG DI HOSPITAL.

Bilik 901 KPJ Tawakal, KL

Ini kali ke 3 saya mengalami sakit tulang belakang (lebih dikenali slipped disc)..Pada 2002, saya ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur.Lepas x-ray disahkan Lumbar 4 dn 5 bermasalah. Ikuti terapi selama 6 kali dan makan vitamin B23.Selama 2 tahun saya tidak memandu kereta (almaklumlah kereta manual). Naik bas ke pejabat di LTAB Subang. Kebetulan pusat kesihatan MAS masih beroperasi dan ada pusat Physio-teruskan terapi selama 10 kali.

2015, setelah pindah ke KLIA, datang lagi sakit tu.Hanya pergi terapi pusat kesihatan MAB.

2024.Mungkin keletihan berjalan banyak sewaktu di Korea dan lebih teruk rasanya bila menyertai Bowling Office Outing. Bola bowling yang seberat 10lbs pun rasanya macam 13lbs.

Dua minggu selepas itu, ke pejabat (FMB,KLIA) sewaktu menaiki bas awam dari KL sentral.

Tiba-tiba sakit pinggang dan kejang otot peha dan betis (kaki kiri).Saya terus ke Klinik di KLIA(tingkat 3).Diberi suntikan bagi mengurangkan sakit. Saya diberi cuti dan surat rujukan ke hospital.

19Disember2024 - saya dimasukkan hospital KPJ Tawakal dan buat MRI.

21Disember2024 - Pembedahan pada jam 10.30pagi. Dikenali Endoscopic Spine Surgery.

23Disember2024 - Diberi cuti dan ubat-ubatan selama sebulan dan pulang ke rumah.


Selepas 1 hari operation-22Dis24


Pemandangan dari tingkap hospital, menghadap Jalan Pahang.


Tuesday, October 22, 2024

DENGAN RAKAN-RAKAN AUSMAT DI TANAH SUCI MEKAH-2023

 Alhamdulillah tercapai hasrat saya dan isteri untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5.

2023.

Bersama Sazli (kiri), Jamil (suami Samsiah), Samsiah dan isteri, Khadijah-,minum teh di salah sebuah restoran di Mekah.

Terimakasih atas kehadiran sahabat kami ,Sazkam yang datang dari Jubail,Saudi menemui kami.



Thursday, June 27, 2024

MAJLIS PERKAHWINAN MUHAMAD ADI NAJMI -09JUN24 (BAHAGIAN 2)

 09JUN24/ BAHAGIAN 2.

Turut hadir, kawan-kawan dari BSN dan Malaysia Airlines.


Dari kiri: Zanida dan suami, Hani dan Shahairi.

Sunday, June 16, 2024

MAJLIS PERKAHWINAN MUHAMAD ADI NAJMI

 01JUN2024

LOKASI: MASJID AL-HUDA,PAYA JARAS,SG.BULOH,SELANGOR

WAKTU: JAM 11.30  PAGI

Majlis pernikahan Muhamad Adi Najmi Bin Zasman dengan Nur Aqilah Binti Abdul Majid.

Keluarga Ruhaya dan Bakhir yang hadir majlis pernikahan Muhamad Adi Najmi.

08JUN2024

LOKASI: DEWAN RAZALI,KG KUBU GAJAH,SG BULUH.

WAKTU: 12 TENGAHARI HINGGA 3 PETANG.

Majlis persandingan pihak pengantin perempuan.



Keluarga Bakhir dan Ruhaya

09JUN2024

LOKASI: DEWAN PERDANA FELDA, KUALA LUMPUR

WAKTU: 5 PETANG HINGGA 11 MALAM.

Antara tetamu yang hadir

Rakan-rakan semasa belajar di Shah Alam dan United Kingdom.


Dari kiri,Radzi,Ahmad Sirwan,Hisham,saya,Mahpa dan Dr.Wira


Turut hadir, rakan-rakan yang sama-sama ke tanah suci, Mekah dan Madinah pada tahun 2023/1444H.


Sahabat dari Tawau, Haji Azan dan isteri.

Depan (dari kiri ke kanan):Rakan sebilik,Capt Muzafar, Capt Amirul, Azman (simulator),Shahrudin,Raja dan Wahit.
Belakang (dari kiri ke kanan): Anak Capt Muzafar,Burhan,Anuar dan Azan.


Hajjah Linda dan suami.

Hajjah-hajjah.

Hajjah-hajjah bersama Masitoh dan isteri saya,Khadijah.

Turut hadir, rakan yang sama menuntut di London, Zainuddin dan Johan. Geng Kelab UK.

Zainuddin dan isteri.


Johan dan keluarga.


Anak-anak arwah Pakcik Karim, Yasmin, Kamarul dan Rozi turut hadir.
anak-anak arwah pakcik Karim. 


Saturday, November 25, 2023

ROAD TO RETIRE

 JALAN PERSARAAN.

Tak pasti ia adalah perkataan yang sesuai bila  menterjemahkan ayat ROAD TO RETIRE.

Tinggal lagi 35bulan untuk saya mengakhiri tugasan saya di Penerbangan Malaysia (MH).

Perasaan bercampur aduk.Selalunya terlintas difikiran seseorang yang bakal bersara (tanpa ada pencen tidak seperti kakitangan kerajaan).

1.Dapatkah menghabis sisa hidup ini dengan bergantung wang KWSP yang masih ada.

2.Adakah lagi rexeki yang bakal saya perolehi dengan cara lain. Bekerja sampai Mati atau bergantung kepada sumbangan anak-anak (yang masih mencari wang untuk sesuap nasi dan kehidupan yang mendatang).

Minggu lalu, saya bertanya kepada seseorang yang telah bersara awal.
Jawapannya mudah tapi penuh persoalan. 

Best plan for retiree, in my opinion, is retire.

Kemaskan yang wajib, tambah yang sunat (nasihat seseorang yang baru sahaja menyempurnakan rukun Islam yang ke lima)

Sejujurnya jika sudah habis membayar wang rumah dan kereta sewaktu bersara, apa yang diperlukan hanyalah keperluan untuk:

1.Makan Minum seharian.

2.Pakaian yang cukup.

3.Ini lebih MUSTAHAK - jaga kesihatan dan wang yang mencukupi untuk ubat kecuali sihat dan tidak ada penyakit yang kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

4.Menghabiskan usia emas di masjid (5 waktu) sambil menghadiri kuliah agama, bercampur dengan  masyarakat dalam pelbagai aktiviti kawasan perumahan.

5.Baca AlQuran berulang-ulang. Baca, Faham dan Amal.

6.Simpanan wang secukupnya untuk hari tua.


Zasman

25Nov2023




Tuesday, October 10, 2023

BILA SAYA BERUSIA 16 TAHUN (BAHAGIAN 2)

 UNGGUN API 

04NOV1982 -pertama kali menghadiri majlis unggun api anjuran pasukan Pandu Puteri Sekolah Menengah Ungku Tun Aminah (atau lebih dikenali SETA).Sekolah ini bersebelahan MSAB (English College Johor Bahru aka EC). Timbul isu bila ada diantara kami yang berkelakuan ganjil. Maklumkan remaja bila mula cuba membina sebuah persahabatan. Kami sempat berkenalan dengan mereka yang duduk sekitar bandar Johor Bahru. Tanpa disedari, rupanya kami berkenalan dengan anak salah seorang pegawai polis (yang berpangkat tinggi).

KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH MENENGAH

Tugas utama kami adalah melibatkan diri dalam perbarisan kejohanan olahraga yang diadakan di padang sekolah. Kumpulan kami, Pengakap akan bersama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet tentera. Menaikkan bendera kejohanan sukan (tugas utama kami), membantu guru-guru dalam menguruskan acara-acara larian 100m,200m,400m,4x100m dan 4x 200m dan penyampaian hadiah.

Keesokan hari, kami akan berkhemah di persekitaran sekolah. Padang bersebelahan kawasan pertanian (bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3).






Saturday, September 30, 2023

BILA SAYA BERUSIA 16TAHUN

 1982

(Nota:Tulisan ini hanya sekadar catatan pengembaraan hidup saya sewaktu bersekolah).





 Mengimbau kembali tahun 1982 ( berdasarkan diari kecil ku yang masih disimpan dan diperolehi dari Kumpulan Emporium dan supermarket Holdings- satu-satu nya Gedung serba lengkap ketika itu. Bagai Gedung membeli-belah seperti Sogo, Giant, lotus ataupun AEON pada hari ini)

Sewaktu itu, aku di Tingkatan 4 Aliran Sains, Sekolah Menengah Tasek Utara, Johor Bahru.

HOBI

Antara hobi saya ketika itu ialah bersahabat pena dengan kenalan di Malaysia. Kebanyakannya seusia saya.Tujuannya hanya sekadar berutus surat bertanya khabar, mengirim poskad dan yang lebih baik bertukar kertas peperiksaan setiap penggal persekolahan (khasnya daripada sekolah ternama seperti Sek. Teknik dan Kolej Islam). Saya juga mengumpul setem secara tidak langsung bagi menyambung ini yang dimulai sekitar tahun 1973.

Ketika itu, dengan bersahabat pena, dapatlah saya mengenali Malaysia secara dekat. Antara mereka, berasal dari Air Hitam Muar, Alor Pongsu,Bagan Serai, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Jerantut, Batu Gajah, Perak, Ulu Klang , Benut, Pontian dan yang terdekat Taman Century dan Kg. Melayu Majidee,Johor Bahru. Yang agak jauh adalah dari Lawas, Sarawak.

 

PERSEKOLAHAN

Persekolahan bermula pada Ahad03Jan1982 dan saya ditempatkan di kelas Aliran Sains (3 matapelajaran Sains : kajihayat atau lebih dikenali sebagai Biologi, Kimia dan Fizik).

Wang saku bersekolah Ketika itu hanyalah 40sen. Menaiki bas sekolah. 

Minggu pertama, saya menghabiskan waktu petang (selepas kelas) di Koperasi sekolah. Membantu Cikgu Leman Bin Yaakop (alfatihah buat beliau) menjual buku tulis sekolah. Dapat makan tengahari percuma sambil membeli buku tulis secara diskaun. Ketika itu wang saku lebih bergantung kepada wang biasiswa yang terima (RM15 setiap bulan) untuk membeli buku rujukan.

Selain menjadi AJK Koperasi sekolah, saya juga dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Agama Islam dan penolong Pengerusi Persatuan Pengakap Laut sekolah (kumpulan ke 38 Johor Bahru).


PERKHEMAHAN DI LUAR SEKOLAH

Adalah menjadi kelaziman kumpulan pengakap di sekolah saya untuk berkhemah di kawasan lapang sekolah (berhadapan hutan 'simpanan' yang memisahkan 2 sekolah terkenal, Sekolah Menengah Tun Fatimah (STF) dan Sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru).

Selalunya kami adakan perkhemahan di hujung minggu terutama sekali selepas kejohanan olahraga sekolah.

Walaubagaimanapun, pada awal bulan Ogos 1982, kami ke Gunung Ledang untuk berkhemah.Ekoran daripada hujan yang melanda kawasan perkhemahan kami, rancangan kami dihentikan awal dan menginap di Tangkak, rumah keluarga bimbingan kami, En.Mohamad Saidin. Cuma yang menarik bila kami perlu menaiki bas awam dari Johor Bahru ke Tangkak. Dari Johor Bahru ke Air Hitam, kemudian dari Air Hitam ke Muar dan akhirnya Muar ke Tangkak (Gunung  Ledang). Lagi menarik, sewaktu bermalam di Tangkak, kami sempat ke pasar malam (tak jauh dari rumah keluarga  En.Mohamad Saidin) dan menonton filem kantonis di pawagam Ophir Tangkak. Yang paling mencabar, bila kami di kejar anjing sewaktu pulang dari pawagam (panggung wayang gambar).



MAJLIS MAULID NABI S.A.W

Menjadi impian saya untuk menyertai mana-mana perarakan Maulidulrasul bila tiba masanya (12Rabiulawal).

Antaranya, di peringat negeri, kami berarak daripada Padang Istana di Bukit Zaharah, Johor Bahru hingga ke Masjid Negeri ,masjid Sultan Abu Bakar. Lepas selawat dan selesai majlis, kami dihidangkan nasi minyak (antara yang terbaik) dalam dulang dan akan dikongsikan oleh 4 orang. Tidak lupa juga berebut untuk bersalaman dengan tetamu khas baik Menteri Besar maupun Sultan Johor. Tanpa disedari, ada seorang hamba Allah yang selalunya  menabur wang kertas 1 Ringgit di sekitar masjid selepas solat Zohor sewaktu majlis maulidulrasul ini. Difahamkan beliau menerima wang tersebut dan diarah menyampaikan kepada mereka yang hadir. Saya sempat menerima wang yang melayang itu dihadapan saya ketika itu.









 

 

 

 

 

Monday, April 3, 2023

SHAH ALAM .....

 Sewaktu bermalam di salah sebuah hotel di Seksyen 19 Shah Alam, kami sempat membeli nasi lemak yang agak viral ini, Nasi Lemak Tamparuli yang terletak berdekatan stesen KTM Shah Alam.

Difahamkan pengusahanya berasal dari Sabah, Tamparuli. Cuma di sini hanya boleh dibawa pulang ekoran tiada kawasan untuk makan. Nasi lemak yang biasa berharga RM4.50 (sekitar tahun 2022) dan ada juga yang disajikan dengan ayam goreng, sambal sotong, paru dan daging mengikut selera kita.

Kesimpulannya, memang sedap nasi lemak ini.




Wednesday, March 22, 2023

LAST GATHERING WITH STRATEGIC AND PLANNING

 Our last gathering with all colleagues within the division in Strategic and Planning under Bryan Foong.

Back in 2022.


Tuesday, November 22, 2022

132 SIBLEY GROVE

 LONDON E15

(Dedicate this story to whom I loved and anyone knows me)

This is the 7th house that we rented during college days.


This photo was taken during my last trip to UK back in July 2023.

I wish to record this memory with all my friends that used to stay around these area.

The town known as East Ham. 

There were 5 of us. It has 6 rooms where i occupied 2 small rooms (studying room on the ground floor and bedroom on the first floor).

Allowed me to introduce my mates that stayed together for almost a year.

Khalizan - from Chenor, Pahang.

Sulaiman - from Bagan Serai, Perak (hope i recall correctly)

Majid - from Johor (i think Batu Pahat)

last but not least -Abdul Razak Hamzah (i lost contact since 1990) -our junior.

All of them are Architectural student.

The house that located at 3 junctions that attracted many stories. Our left and right neighbours are English pensioners. This place witnessed two incidents (one night after another) where a drunk man (Asian) beat his wife by the road side and the police came few minutes after the incident ( i witnessed from my room the tragedy and ended up lost my sleeping time).

My study room becomes a spot for my friends at collegue to have discussions during the break.

Ridzwan (Pakistani), Alan Tong (Hongkee), Samin (Indian muslim from Essex) and our lovely ladies (rose among the thorns), Sangeeta Sharma (Indian)-lived nearby my house (across the road) used to come to my house during our 3rd and final year.

Our house got 2 kitchens, dry and wet kitchen. We had cherry tree that we cut and burnt subsequently and ended up a complaint from concerned neighbours.

We had one cat shared by us and our English neighbour. Why? Breakfast for the cat provided by us whilst during lunch or dinner, the cat will be served by the neighbour. (wow ..Malaysian and English food)

Our garden near the kitchen becomes our place for such gathering during Eid Mubarak.

Not far from our house, there where another house at Kensington Avenue (our Malaysian ladies that study Architectural  at the same college) and another house (where all Malaysian ladies that took Accounting studies, ACCA) nearby.

Not to forget my lawyer's friend ( Hanif -now famous lawyer in the city of Kuala Lumpur) who becomes my friends for football game at the park nearby.

I left the house on 02September 1989 after completed my degree.

As my dreams come true, i visited them in 1991 after i joined the aviation world and got free ticket to travel. and spent my first bonus (after working for a year) by treating them for bowlings at nearest Bowl in town.



Wednesday, October 26, 2022

Training ..

 This is part of my journey in MH.

Training on new scheduling system at Kelana Jaya in September 2022.


with Sabre team at the mock up aircraft area in training centre,MABA




Trainers and participants








PADDINGTON

Tempat pertama kami singgah di London ialah Paddington, tempat tumpuan orang ramai yang ingin menaiki keretapi ke destinasi-destinasi diluar London.

Dari Lapangan terbang Heathrow,London ada dua cara menaiki keretapi ke Paddington, Inginkan perjalanan yang sederhana, tanpa mengejar masa kami memilih menaiki tube, keretapi bawah tanah ke Paddington yang mengambil masa sekitar 40 minit.

Kami memilih 2 hotel sepanjang berada di Kota London. yang agak jauh, terletak di Sussex Garden. Satu lagi berdekatan dengan stesen keretapi Paddington. Berhadapan dengan taman untuk riadah.


Perhentian tube Paddington


ccccccc
Primark, salah satu gedung membeli belah di Oxford Street.

Yang menjadi tumpuan kini di Oxford Street, muncul kedai-kedai baru. Antaranya Sketches, Primark.






KEMBARA SCOTLAND: HARI KE 2 : LIVINGSTON,SCOTLAND

27JULAI 2022- EDINBURGH

Mengikut cadangan asal, kami berhasrat menaiki keretapi ke pusat membeli belah Livingston yang terletak di antara Edinburgh dan Glasgow bagi menjimatkan masa.

Lagi menarik, kami hanya perlu mengambil bas di hadapan hotel kami dan agak murah (berbanding menaiki keretapi). Perjalanan melalui kawasan perumahan, Penjara Utama di Scotland (kebetulan sahaja), kawasan perindustrian (termasuk Kilang Biskut Burton) , ladang tanaman utama di Scotland (gandum antaranya) dan kawasan hijau.

Bas yang kami naik adalah bas henti-henti dari Edinburgh ke Livingston.


Sebahagian pemandangan ke bandar Livingston, Kilang biskut Burton, Scotland 

Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Bas betul-betul berhenti di hadapan pusat membeli belah Livingston. Di kirinya bagai factory outlet, di sebelah kanan, pusat membeli belah awam (shopping mall) untuk kawasan tersebut. 

Pusat membeli belah ini dikenali sebagai Livingston Designer Outlet (LDO)

Bak kata pepatah, bukannya besar dunia ini (what a small world) , kami berjumpa dengan keluarga Malaysia (yang menghadiri Majlis Graduasi anaknya di Kota London  dan kebetulan rakan di syarikat saya bekerja di Kuala Lumpur) di Livingston.


Kedai makanan di dalam LDO.




Tuesday, August 23, 2022

KEMBARA SCOTLAND: EDINBURGH 4 HARI 3 MALAM

 Antara tempat menarik di Edinburgh, istana lama yang menjadi tumpuan ramai.

Istana Edinburgh difahamkan merupakan kediaman rasmi raja-raja United Kingdom, termasuk King Edward V, Queen Elizabeth 1. Kini ianya menjadi tumpuan pelancong melihat Istana ini secara dekat.

Ianya bagi Muzium Diraja.










Berlatar belakang Istana Edinburgh

Sekitar Edinburgh






Bas naik turun sekitar Edinburgh (Hop in Hop off sightseeing bus)

SHANGHAI OKTOBER 2025

Perjalanan pertama ke Shanghai pada 21 hingga 25Oktober 2025. Meliputi 3 bandar utama. Bermula dari LTAB Pudong ke Suzhou (1 malam di sana),...