27JULAI 2022- EDINBURGH
Mengikut cadangan asal, kami berhasrat menaiki keretapi ke pusat membeli belah Livingston yang terletak di antara Edinburgh dan Glasgow bagi menjimatkan masa.
Lagi menarik, kami hanya perlu mengambil bas di hadapan hotel kami dan agak murah (berbanding menaiki keretapi). Perjalanan melalui kawasan perumahan, Penjara Utama di Scotland (kebetulan sahaja), kawasan perindustrian (termasuk Kilang Biskut Burton) , ladang tanaman utama di Scotland (gandum antaranya) dan kawasan hijau.
Bas yang kami naik adalah bas henti-henti dari Edinburgh ke Livingston.
Sebahagian pemandangan ke bandar Livingston, Kilang biskut Burton, Scotland |
Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Bas betul-betul berhenti di hadapan pusat membeli belah Livingston. Di kirinya bagai factory outlet, di sebelah kanan, pusat membeli belah awam (shopping mall) untuk kawasan tersebut.
Pusat membeli belah ini dikenali sebagai Livingston Designer Outlet (LDO)
Bak kata pepatah, bukannya besar dunia ini (what a small world) , kami berjumpa dengan keluarga Malaysia (yang menghadiri Majlis Graduasi anaknya di Kota London dan kebetulan rakan di syarikat saya bekerja di Kuala Lumpur) di Livingston.
Kedai makanan di dalam LDO. |
No comments:
Post a Comment