Showing posts with label Imtiaz Melaka. Show all posts
Showing posts with label Imtiaz Melaka. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

2 Hari 1 Malam: Program Firqah:Bahagian 2

15April2012
Adam dan kawan-kawan di rumah datuknya,Hj.Bakhir Nasom.
Ahad..hari kedua dan terakhir bagi anak-anak bersama keluarga saya. Untuk lebih mengenali keluarga kami, kami ke Danau Kota. Menziarahi datuk Adam di sana.

Sebagai selingan buat anak-anak, kami sempat singgah di Taman Furlong, Setapak ..ke Pustaka Peringatan P.Ramlee.
Di Pustaka Peringatan P.Ramlee

Selepas kami menjamu selera di Wangsa Maju, kami ke Putrajaya untuk mendirikan solat Zohor sebelum menghantar anak-anak pulang ke asrama mereka.


Semua anak-anak selamat sampai di Imtiaz Melaka dan bersedia untuk Solat Magrib.



 

Didoakan agar anak-anak ini akan berusaha meneruskan perjuangan mereka untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Amin.





Monday, April 16, 2012

2Hari 1Malam- Program Firqah ....


Tugasan mula diserahkan kepada pelajar sebelum memulakan perjalanan Program Firqah 2012.


SABTU14APRIL2012:MASJID TANAH.
Keluarga saya menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah kepada 3 pelajar Imtiaz Melaka bermalam di rumah kami di Kuala Lumpur. Program Firqah diberi nama. Pelajar bersama dengan anak kepada keluarga tersebut dikehendaki memenuhi tugasan yang telah diberikan sepanjang mereka berada bersama keluarga anak.Saya dan isteri diberi tugas sebagai ibu dan bapa angkat kepada mereka. Disini tugasan diberikan kepada dua-dua pihak untuk memenuhi objektif yang dikehendaki sekolah.

Terdahulu, pihak sekolah telah menganjurkan jaulah jiran yang memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk mengenali jiran yang berdekatan dengan sekolah disamping merapatkan hubungan silatulrahim diantara mereka. Kemudian, program jaulah Masjid yang mendedahkan pelajar kepada masyarakat setempat dan ahli masjid kariah tersebut. Disamping menunaikan solat di masjid, beriktikaf, membaca alQuran bersama-sama di Masjid.

Tepat jam 10pagi, 3 pelajar yang terpilih, Ammar,Safwan dan Hakimi menyertai anak saya Adam untuk pulang ke rumah kami di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam.





Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulilah.Makanan tengah hari disajikan buat anak-anak Imtiaz di Kompleks Muhibah, Taman Nirwana memandangkan masa yang suntuk untuk kami sekeluarga menyediakan makanan bagi waktu tengah hari.

Antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh anak- anak Imtiaz ialah solat berjemaah dan makan bersama keluarga Angkat. Dalam hubungan mengenali masyarakat setempat keluarga angkat, anak-anak Imtaz juga perlu mengenali sekurang-kurangnya 3 orang tanpa mengenal usia atau pangkat.
Ammar,Safwan,Hakimi dan Adam bersama Raffee(yang berdiri)  untuk minum petang.
Hujan pada waktu petang Sabtu itu menggagalkan mereka bermain bola bersama-sama dengan rakan-rakan Adam. Walaubagaiamanapun, agak menarik mereka dapat berkenalan dengan jiran yang kebetulan singgah di rumah kami. Apalagi Auntie Zila menjadi mangsa yang pertama! Hakimi menjadi pencatat nota, manakala Ammar dan Safwan memulakan bicara untuk menemubual Auntie Zila! Disini dapat kita lihat kemahiran anak-anak berinteraksi dengan kenalan baru. Mereka juga berkesempatan mengenali Rafee, anak auntie Zila yang turut sama menyertai minum petang di rumah kami.Orang ketiga yang mereka temubual dan berkenalan adalah Akhi Adam, abang Adam yang masih menuntut di Tingkatan Lima.

Bersama-sama membaca AlQuran selepas Solat Maghrib.
Maghrib menjelang. Sesudah solat berjemaah, tugasan seterusnya bermula. Mereka berempat membaca Surah Arrahman. Untuk tidak menghampakan anak-anak yang belum pernah menjejakkan kaki ke kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur, kami bersama-sama solat berjemaah di Masjid KLCC.

BERSAMBUNG....................................................../1


Berlatarbelakangkan Masjid dan KLCC-sesudah solat Isyak.






Friday, March 16, 2012

MELAKA 2012

Untuk pertama kalinya, saya menjejakkan kaki ke Pantai Tanjung Bidara,Melaka. Terletak bersebelahan dengan Kem Terendak Melaka.Kali terakhir (pertama kalinya), saya menjejaki kaki ke Kem Terendak bila bapa saudara sebelah ibu (Ayah Chor) bertugas di KemTerendak sekitar tahun 1977 dan kebetulan kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan Ayahnda Mohd.Yunos b.Musa (sepupu ibu saya) di Tengkera,Melaka.

Taklimat daripada ustaz sebelum bermulanya Sukaneka Imtiaz Melaka 2012
Kali ini kehadiran saya di Tanjung Bidara untuk meraikan sukaneka anak-anak Imtiaz Melaka dan menghadiri majlis penutup Minggu Orientasi untuk pelajar-pelajar Imtiaz Melaka 2012.

PARIS

  Di lapangan terbang Paris, Charles De Dau bersama pemandu sya. Salah satu stessen bawah tanah di Paris.