Showing posts with label London. Show all posts
Showing posts with label London. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

London-Manchester-Paris - Dis11 -bahagian 2

26Disember-Kota London-Oxford Street.
Dua peristiwa yang tak sepatutnya kami lihat sewaktu membeli-belah di Oxford Street,London.

Pertama, seorang wanita sekitar 30an cuba keluar dari sebuah kedai dengan membawa pakaian dan beg tangan tanpa membayarnya (shoplifting) dan bergelut dengan dengan pengawal keselamatan kedai tersebut sebelum lari keluar kedai.

Kedua, pembunuhan seorang remaja 16 tahun dihadapan sebuah kedai sukan di Oxford Street setelah bergaduh diantara dua kumpulan remaja. Berlaku sekitar 2 petang ketika kami sekeluarga ingin pulang ke hotel.

Perjalanan hari pertama tidak menjanjikan apa-apa. sekadar melihat kesibukan Kota London dengan ratusan manusia yang mencari peluang untuk membeli barangan yang dihajati. Ini merupakan kali pertama saya menyertai ratusan manusia yang lain membeli-belah pada Boxing Day di London walaupun pernah tinggal selama 3 tahun di UK.

Anak saya menaruh harapan agar permintaannya ditunaikan keesokan hari.
Here we go : Manchester.......

Bersambung.

Thursday, January 5, 2012

London_Manchester_Paris:25Dis-30Dis2011

 5 hari 3 malam. Suatu perjalanan yang agak letih. Demi menunaikan janji bagi anak saya yang ke 2 yang berjaya dengan cemerlang didalam peperiksaan UPSR yang lalu. ke Kelab Bolasepak Manchester City.

Perjalanan bermula pada hari natal. Tepat jam 11.55 malam -25Disember 2011- untuk kali ke 4 saya ke London (selama bertugas di syarikat penerbangan). Kami sekeluarga sampai pada pagi 26Disember 2011 -jam 5.30 pagi waktu tempatan. Cuaca sekitar 12 darjah Celcius. Lebih menyedihkan bila Kota London menyambut Boxing Day (sehari selepas hari Natal) dengan mogok keretapi bawah tanah yang melumpuhkan seluruh Kota London.Tambah mengecewakan kami dengan perkhidmatan keretapi laju (Heathrow Express) ke Paddington turut tidak beroperasi atas alasan kerja-kerja pembaikan rel.

Menginap selama 2 malam di hotel Ibis Heathrow untuk perjalanan kali ini  tidak mengecewakan. Kami perlu menaiki bas dari Heathrow ke hotel dan pergi balik (Hoppa Bus). Inilah satu-satu perkhidmatan awam yang perlu dicontohi sebahagian negara yang inginkan sektor perlancongan berkembang dengan pesat.

Seawal jam 7 pagi, kami meninggalkan bagasi di hotel tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Oxford Street untuk menyaksikan jualan besar-besaran di Kota London.Ianya tidak menghampakan kami sekeluarga menaiki bas gantian yang disediakan oleh Heathrow Express dengan tambang yang berpatutan (GBP 27 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak) dari Heathrow ke Kota London (Paddington).

Sarapan pagi bermula di sebuah cafe Inggeris berdekatan Stesen keretapi Paddington. Memuaskan dengan kopi dan cokelat panas bersama muffin dan roti. Selepas itu, kami bergegas menaiki bas berwarna merah untuk ke Marble Arch untuk menyertai jualan besar-besaran di Kota London.





Gambar yang sempat dirakam sekitar Oxford Street pada 26 Disember 2011.

BERSAMBUNG....

Monday, April 18, 2011

1989 -Tahun Akhir di LONDON

1 Januari 1989 - Saya kurang ingat dimana sebenarnya saya ketika menyambut tahun baru bagi tahun 1989.
Yang pasti agak lewat saya bangun pada 01Jan1989.
Setelah membeli khabar "News of the World", saya meneruskan usaha saya menaip semula tesis bagi tahun akhir saya. Setelah itu saya ke Barking menemui rakan-rakan seperjuangan.


03Januari 1989 - Saya menemani sahabat saya ke Cambridge- satu daripada universiti yang termasyur di UK dan juga terkenal.kalau sebut sahaja pelajar lulusan Cambridge atau Oxford, yang pastinya ia adalah pelajar yang pandai dan terpilih.

PARIS

  Di lapangan terbang Paris, Charles De Dau bersama pemandu sya. Salah satu stessen bawah tanah di Paris.