Sekadar celoteh.
Selain Malaysia dan Singapura, saya berkesempatan mengunjungi beberapa negara sepanjang tahun 1986 hingga 2024.
SEKADAR CATATAN BUAT SAYA DAN YANG MENGENALI SAYA.
LTAB KLIA1 |
Antaranya
7.UAE (United Arab Emirates)
Dua destinasi utama di UAE yang menjadi hub bagi perbangan pesawat ke Eropah/UK : Dubai dan Abu Dhabi.
Dubai
Dulu,MH beroperasi ke London (dan juga ke Newark, New York, A.S) melalui bandar Dubai (sekitar 1990an sebelum ianya dituup).
Sekadar transit untuk beberapa kali (dengan MH, Emirates dan Singapore Airlines).
8.Qatar
Doha
Tempat transit saya dari Tehran ke Kuala Lumpur. Kini, lapangan terbang tersebut telah tutup dan dibina yang baru (lebih besar).
9.Iran
Tehran
LTAB yang barunya di Tehran dibina oleh konsortium syarikat Malaysia dan menyerupai bentuk KLIA. Sebelum sampai ke lapangan terbang antarabangsa ini, sebahagian pelancung akan singgah di makam Ayatullah Khoemini (Presiden Iran selepas Shah Iran).
Saya menghadiri mesyuarat di pejabat Civil Aviation Iran di Tehran. Terletak tidak jauh dari lapangan terbang lama yang kini beroperasi untuk penerbangan domestik.
10.Jordan
Amman
Sekadar transit (persingahan) di Amman sebelum menuju ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1988 (pulang bercuti musim panas).
Walaupun pesawat mendarat pada waktu pagi, terasa juga bahang padang pasir di Jordan.
Menaiki pesawat Royal Jordanian (RJ).
11.Saudi Arabia
Jeddah dan Madinah
Destinasi utama untuk menunaikan haji dan umrah.
Pertama kali saya menunaikan umrah (berseorangan dan tanpa kursus) pada tahun 1992 dan tiada siapa menunggu saya di Jeddah. Alhamdulillah, saya disambut (secara rawak) oleh pengelola kumpulan umrah (Allahyarham Hj.Nasoha).
Juga berkesempatan ke pekan lama Jeddah setelah tamat perbincangan dengan pihak penerbangan awam Saudi (GACA).
Bas sightseeing di Kota Madinah |
12.Pakistan
Karachi
Pertemuan dengan pihak penerbangan awam Pakistan untuk pertama kalinya. Perjalanan yang ringkas (untuk 2 hari) terbantut ekoran pembunuhan seorang wakil parlimen Pakistan (ditembak semasa ambil wuduk di Masjid). Pertemuan saya dibatalkan pada keesokan hari (Karachi Curfew) dan dianjak kepada hari berikut.
13.Indonesia
Jakarta
Menginap di hotel berdekatan Stadium Gelora Bung Karno.
Berbuka puasa di Hotel Mulia bersama pihak penerbangan awam Indonesia (DJU).
Tidak lupa juga singgah Tanah Abang (kawasan membeli-belah secara borong) sebelum pulang.
Medan
Sempat berjumpa ahli keluarga sebelah ibu di Medan.
LTAB asalnya di Polonia dan kini di Kuala Namu.
Kini sudah ada lebuhraya (yang bertol) menghubungkan Kuala Namu dan Medan.
Check-in di LTAB Kuala Namu (yang menggantikan Polonia) |
14.Thailand
Chiengmai
Salah satu destinasi di Utara Thailand.
Bersama keluarga ke sana (bertiga waktu itu). Tempat menarik termasuk Taman Gajah, Kedai emas/jade, taman orkid dan pasar malam di bandarnya (macam di Petaling Street).
Bangkok
1988: Mulanya transit dalam perjalanan ke Karachi. Menaiki pesawat Pakistan Airlines (tidak lupa nasi beriani yang sedap).
2003: Menghadiri mesyuarat bersama pihak penerbangan awam Russia yang dikelolakan oleh Thai Airways (TG).
Hat Yai
1992.Sewaktu itu cuma ada 4 tempat membeli belah.
Saya menginap di JB Hotel selama 5 hari. Menghadiri Mesyuarat di sini bersama perwakilan MH dari ASEAN.
Waktu itu, MH beroperasi ke Hat Yai.
15.Kemboja
Phnom Penh
2 kali ke sana.
Pertama, bercuti bersama isteri dan menginap di Holiday Inn . Meluangkan masa makan tengah hari di Cafe Malaya yang dibuka oleh rakyat Malaysia bersama Wan Nazli dan isteri. Juga ke pasar utama Phnom Penh (Central Market) dan pasar Rusia.
Kedua, menginap di Naga World Hotel (dikelolai oleh rakyat Malaysia) kerana menghadiri mesyuarat dengan pihak penerbangan awam Kemboja. Juga berkesempatan ke Toul Sleng Genocide Museum (meningatkan kita kepada kekejaman sewaktu pemerintahan Pol Pot, Perdana Menteri Kemboja ketika itu)
16.Vietnam
Bandar Ho Chi Minh (nama lainnya Saigon)
Ingatkan lagu 'Good Morning Vietnam' ?
2 hari 1 malam, menggunakan tiket diskaun (confirmed seat) ke Saigon setelah berkhidmat lebih 20 tahun bersama MH.
Berkunjung ke pasarnya Ben Thanh. Di sebelah malam, pasar malam diadakan di luar pasar ini.
Hanoi
Memenuhi tuntutan bertugas, sekali lagi ke bandar pentadbiran penerbangan awam Vietnam (CAAV).
17.Jepun
Tokyo
LTAB yang dijejaki keluarga saya adalah di Narita (NRT). Bermalam di hotel berdekatan. Cuma 10minit perjalanan bas percuma ke sana.
Untuk pertama kalinya, melihat AEON Mall di pekan Narita.
Untuk kali kedua, saya menghadiri mesyuarat bersama MH dengan JL (Japan Airlines) di bandaraya Tokyo.
18.China
Beijing
Mesyuarat yang dijadualkan batal dan impian saya ke Beijing, ibu negara China tidak tercapai.
Guangzhou
Bandarnya juga di kenali sebagai Canton, terletak di Selatan China.
Kunjungan pertama, menemui pihak berkuasa penerbangan awam di Canton (CAAC). Kenangan manis bersama Pengurus Kargo MH, Oscar yang membawa kami ke tempat mesyuarat dan tempat makan sepanjang 2 hari di sini.
Kunming
(Nota: MH sebelum itu beroperasi ke Kunming.)
Selepas transit di Guangzhou, kami menaiki pesawat China Southern Airlines (CZ) ke Kunming. Rakan kami, Oscar dan Karen turut membantu kami sewaktu di Guangzhou.
Kali ini, saya menghadiri taklimat penerbangan dari CAAC di pusat latihan penerbangan awam di Kunming.
(Nota: MH sebelum itu beroperasi ke Kunming.)
19.Australia
Sydney/Canberra
Penerbangan MH hanya ke Sydney sebelum kami menaiki kereta ke Canberra (ibu negara/bandar pentadbiran Australia).
2 mesyuarat di Canberra menemui Jabatan Penerbangan Awam Australia dan Kementerian pengangkutan Australia.
Salina, Aziz dan Sheila membantu kami sewaktu ke sana.
Hanya sempat singgah sebentar di Pantai Bondi, membeli cenderahati di Paddy Market, Sydney) dan melewati Sydney Harbour Bridge (pada waktu malam).
Perth
2 kali keluarga saya ke sana.
Pertama, sewaktu sahabat saya Roslan dan keluarga berada di Perth.
Selain daripada factory outlet di bandar Perth, anak-anak dapat ke Zoo Perth melihat binatang-binatang yang hanya terdapat di Australia seperti kangaru, Koala Bear.
Kedua, rancangan lawatan keluarga yang diatur sendiri. Kali ini cuaca Perth agak panas (sekitar 37 darjah celcius).
Persinggahan di Freemantle juga menarik (di tepi laut). Fish dan Chips yang tidak kami lupakan dan pusat cenderahati yang dimiliki oleh warganegara Indonesia yang ramah.
20.New Zealand
Auckland
Perjalanannya agak lama seperti ke kota London (hampir 13jam)
No comments:
Post a Comment