Wednesday, August 11, 2021

ISTANBUL-KUALA LUMPUR

 Perjalanan pulang kami dari Istanbul agak lewat ekoran penerbangan kami tergendala. Suasana di lapangan terbang agak sesak dengan ramainya jemaah haji yang transit di Istanbul. Penerbangan kami lewat hampir 5 jam. Ditambah lagi dengan pertukaran pintu pelepasan yang agak jauh. Ini lumrah bila lapangan terbang sesak dan ramai orang.

Suasana ketibaan di LTAB KLIA



Monday, July 26, 2021

KHALIFAH ISLAM

TAHUKAH KITA? 

Catatan peribadi

(Terimakasih kepada penceramah Ustaz Au'ni Mohamed dan saluran YouTube AKS- Abu Khadijah Studio atas siaran siri-siri ceramah tentang sejarah Islam )

Setelah wafatnya nabi kita Muhammad S.A.w, terdapat 104 Khalifah Islam bermula dengan Khalifah Ar Rasyidin hinggalah jatuh empayar Kesultanan Turki Othmaniah ( jumlah khalifahnya 30 orang dan yang terakhir Sultan Muhammad ke 6  - 1918-1924 Masihi).

Alhamdulillah berkat mendengar Tazkirah Ustaz Au'ni Mohamed, saya dapat berkongsi catatan ini dengan pembaca blog saya.


Khalifah Ar Rashidin:

1.ABU BAKAR ASSIDDIQ r.a.

2.UMAR IBN KHATAB r.a.

3.OSMAN IBN AFFAN r.a.

4.ALI ABI TALIB r.a

diikuti Khalifah Ummaiyah (661-750 Masihi) dan

Khalifah Abbasiyyah (750-1258 Masihi) yang berpengkalan di Kota Bagdad.

Hinggalah bani Khalifah terakhir- Khalifah Turki Othmaniah. Khalifah ini berbangsa Turki yang pada mulanya berasal dari Mongol dan Tartan (sekitar Asia).

(2017-saya berkesempatan mendirikan solat di salah sebuah masjid yang masih ada sehingga kini yang dibina sewaktu zaman Khalifah Turki Othmaniah)

Zaman khalifah Islam terakhir dilibatkan dengan Perjanjian Cyprus selepas Perang Dunia Pertama 1920 Masihi. Diantara pihak Turki (Empayar Othmaniah) dan puak perikatan Perang Dunia 1 yang melibatkan pembahagian wilayah di Turki dan kawasan sekitarnya.

Malangnya Khalifah Islam ditamatkan sebelum puak British ingin menakluk bumi Turki. 

Nampak diselamatkan (mengikut sejarah Turki) oleh negarawan Turki, Mustafa Kemal Al-Tartuk (1923 Masihi) bagi mengelakkan penjajahan bangsa lain dari British tetapi Kerajaan Islam dengan mudah dilenyapkan oleh beliau.

Sekian.

KUALA LUMPUR 

09JULAI 2021.


Nota: banyak lagi yang bakal dirungkaikan.semuga kita tahu sejarah Islam.


Saturday, July 24, 2021

ALQURAN DAN TAJWID

 (sekadar catatan saya sepanjang pengajian Al Quran di pusat mengaji sekitar Desa Pandan.Sila rujuk pakar berhubung dengan hukum-hukum tajwid dan cara mengaji yang betul- secara berguru)


Catatan 09Julai2017.

Tahun saya memulakan pengajian AlQuran di Desa Pandan.

Disampaikan sekadar pengetahuan.



Di Malaysia ada banyak cara pengajian AlQuran dan jumlah huruf (Hijaiyah) juga berbeza (walaupun sebenarnya huruf2 ini kita jumpa dalam Al Quran). Antaranya:-

a.Muqaddam ada 30 huruf - Kebanyakan kita mengikut Kaedah ini seawal tahun 1970an.

b.Iqraq ada 29 huruf. Wujud Kaedah ini untuk memudahkan yang baru hendak belajar mengaji.

Kalau tak silap sekitar hujung tahun 1980an. Diterbitkan dalam beberapa jilid mengikut kemampuan seseorang hingalah mereka mula membaca Al Quran.

c.Terkini. Albagdadi -ada 28 jumlah huruf. Tekniknya bermula dengan Tamhid (mengaji dengan alat mengetuk yang membantu panjang pendik bunyi huruf tersebut), Tajweed , Talaqqi Am (mengaji beramai-ramai) dan Khas (secara perseorangan dengan guru). Ada juga diaturkan kelas menghafaz untuk surah-surah lazim.

Di Indonesia, difahamkan dipecahkan hingga 60 huruf.

Demikian ceritanya.

yang penting kita kenal huruf alif hingga ya.


Wednesday, July 7, 2021

COVID19 DAN KEMATIAN

 Pandemik ini masih berterusan.


(Alfatihah buat semua yang gugur ekoran COVID19) 


Untuk tahun ini,2021, saya kehilangan ahli keluarga dan sahabat ekoran daripada wabak COVID19.

CERITA PERTAMA(1)

Sebagai rekod saya.

Awal Feb21, kami kehilangan kakak. Kak ipar saya Norafidah Ahmad di Setapak.

Walaupun kematiannya tidak dikategori sebagai mangsa COVID19 setelah terlantar hampir dua minggu di Hospital Sg Buloh (ekoran jangkitan virus COVID19). Dia meninggal dunia setelah beberapa hari dipindahkan dari wad ICU (COVID19) ke wad biasa (setelah disahkan pulih dari COVID19). Ekoran kegagalan organ badan . Pasca COVID19.  

Meninggalkan suami, 4 orang anak dan 5 orang cucu.Alhamdulilah, dia diuruskan oleh ahli keluarga bagi pengkebumiannya di Tanah Perkuburan Islam JAWI ,Raudhatul Sakinah berdekatan Taman Muda.


CERITA KE DUA (2)


Sahabat sekelas saya, pada usia 54 tahun meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Kami sama-sama bersekolah di Larkin, Johor Bahru. Dilaporkan juga meninggal dunia ekoran COVID19.

(Lihat tulisan saya pada Mei21, 18Oktober1966-09Mei2021).


CERITA KE TIGA (3)


Bapa saudara kami, Badaruddin bin Abdu Aziz (suami kepada arwah makcik isteri saya) meninggalkan dunia pada 04Julai2021 setelah mengharungi COVID19 hampir 3 minggu di Hospital Ampang.

Meninggalkan 3 orang anak dan beberapa cucu. Disemadikan di Tanah Perkuburan Ulu Kelang, Selangor.

Sesungguhnya kematian itu pasti. Cuma lebih menyedihkan pandemik COVID19 melanda hampir seluruh dunia dan setiap hari ada kematian susulan virus ini.



Kita hanya mampu berdoa kepada Allah dan sama-sama menjaga diri kita, keluarga dan persekitaran agak wabak in berakhir dengan segera.



#KITA JAGA KITA


Kuala Lumpur

07JULAI2021


Saturday, June 26, 2021

COVID 19 DAN SUNTIKAN VAKSIN

 COVID19 -Masih menghantui kita, rakyat Malaysia dan dunia secara amnya.

[Lanjutan cerita saya COVID19- MAEPS(2)]

Dua minggu sebelum raya, anak saudara saya pula menerima nasib yang sama. Dikategorikan dari Kluster sekolah. Dia dan isterinya (kedua-duanya guru dari 2 sekolah yang berbeza di Lembah Klang), dan juga salah seorang anaknya dilapurkan positif Covid19.

Selepas hari raya, kakak ipar saya pulak menerima nasib yang sama (cuma beliau dalam 1 keluarga). Difahamkan bermula dari kluster solat terawih di masjid berdekatan. dan sehingga blog ini ditulis, seorang lagi (anak kepada kakak ipar saya positif COVID19) dan kini di MAEPS.

Solusinya- PKP atau ...

Kini suntikan Vaksin telah diberikan kepada rakyat Malaysia termasuk saya. Persoalan turut timbul.Yang mana satu harus saya ambil (Pfizer,AZ atau Sinovac atau...)



Bahagian C- taklimat dari doktor sebelum suntikan diambil

Akhirnya, selesai sudah vaksin pertama saya, AstraZenica(AZ).


Pada tanggal 22Jun21, saya menerima suntikan pertama AZ di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, semuga bermanfaat bagi saya.

Yang lain bakal menyusul.

#Kita Jaga Kita


KUALA LUMPUR

26JUN2021





Thursday, May 13, 2021

18OKTOBER 1966-09MEI2021

 MOHD NIZAM BIN TAHIR

Sekadar catatan peribadi bagi mengingatkan saya kepada KEMATIAN (yang pasti) dan juga kepada sahabat saya semasa bersekolah di Sek Ren Keb Larkin 1 (1975-1978) yang telah pulang ke rahmatullah pada Ahad 09Mei21 selepas waktu Isyak (menurut sumber terdekat). Difahamkan juga beliau ada mengalami sakit tulang belakang dan masalah urat saraf beberapa bulan lalu. Bertugas di EPSON, Jalan Kempas.


Mohd Nizam Bin Tahir adalah anak tunggal dalam keluarga yang saya kenali rapat sejak Darjah 4 tahun 1976. Tinggal di Larkin Perdana. Makcik arwah juga saya kenal merupakan jiran terdekat saya di Kempas,Johor Bahru.

Antara aktiviti kami (beberapa orang kawan sahaja yang dipilihnya) adalah bertukar hadiah ketika ulang tahun kelahiran kami pada tahun 1976. Saya dihadiahkan permainan MASTERMIND (antara wish list saya sewaktu itu). Seperkara lagi, saya masih ingat lagi bila arwah akan memberi hadiah (berupa poster/ bunga) sewaktu Hari Guru kepada guru kelas. Tidaklah seperti saya yang tidak mampu (ketika itu) untuk menyatakan penghargaan kepada guru-guru sekolah.

Kredit kepada Jamali yang menyediakan gambar ini.

Sebagai kenalan, hanya bacaan doa dan Al-fatihah dapat kita sampaikan kepada arwah.Semuga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dirahmati Allah.Aaamin.

Nota:

Meninggalkan seorang balu, Puan Sarbanon dan tiga orang anak. Terimakasih buat rakan-rakan yang membantu pengurusan kematiannya dan sumbangan kewangan bagi ahli keluarganya.

#NizamTahir

#Ex-Larkin1,JB

#Ex-SSI,JB

#Ex-Teknik JB



Wednesday, May 12, 2021

RAYA 2021- Raya PKP

DESA PANDAN,KUALA LUMPUR

13MEI2021

 Sekadar catatan buat semua yang mengenali saya.

Tahun 2020, sambutan hari raya di Malaysia diraikan secara sederhana ekoran COVID19 dan penutupan sempadan negeri-negeri di Malaysia. Tahun ini 2021, perkara yang sama berulang kembali.

Jadinya tahun ni, raya sendiri je memandangkan tiada aktiviti ziarah dibenarkan sama sekali. 

Bagi keluarga saya (Keluarga Ruhaya/Bakhir) yang berada sekitar di Kuala Lumpur, pada malam raya kami mengadakan takbir raya secara online. Ini diikuti dengan tahlil arwah (bagi mengenang kembali pemergian ahli keluarga yang terdekat), khasnya Mak Lang (Norafiza Ahmad) yang meninggal dunia setelah dimasukkan ke Hospital Sg Buloh hampir dua minggu pada tahun ini.  (Alfatihah buat Mak Lang yang kami sayangi).


Pada hari raya, sekali lagi online video dengan ahli keluarga diadakan bagi menyampaikan ucapan aidil fitri untuk semua memandangkan tiada aktiviti ziarah dibenarkan.


Sama-sama kita berdoa agar COVID19 ini berakhir.


Nota:  Terimakasih kepada Ammar yang mengetuai tahlil tersebut.

SHANGHAI OKTOBER 2025

Perjalanan pertama ke Shanghai pada 21 hingga 25Oktober 2025. Meliputi 3 bandar utama. Bermula dari LTAB Pudong ke Suzhou (1 malam di sana),...