Tuesday, August 20, 2019

TURKI..AKU DATANG 3

05OGOS2018




Sepanjang perjalanan, kami dibekalkan peta Turki yang digunakan sebagai panduan apabila Berkan, ejen pelancung yang berbangsa Turki  bercerita tentang tempat yang bakal kami lawati.
Yang menarik, beliau bukan sahaja bercerita tentang tempat menarik tetapi juga sejarah tempat-tempat tersebut.Pendik kata, dia benar-benar membawa kami ke dunia Turki yang penuh bersejarah dari zaman Ottoman hingga kini.

Yang menjadi janggal, apabila ada diantara kami yang gaggal memahami apa yang dituturnya dalam Bahasa Inggeris.


Hari 1 Dari Istanbul ke Bursa
Hari 2 Dari bursa ke Konya
Depan hotel di Konya

Sekitar....


Keretapi di Turkey


SELAMAT TINGGAL KUALA LUMPUR

01SEP1986
01JUL2018

Apa bezanya 2 tarikh ini?

Pada usia 20 tahun, saya meninggalkan bumi Malaysia dengan tajaan pihak pemerintah untuk menuntut ilmu di Kota London.

Pada usia 18 tahun, anak saya berhijrah ke bumi Ambiyak, Mesir dengan kewangan keluarga.

Ianya merupakan detik bersejarah bagi keluarga saya.
Menuntut ilmu di dua bumi yang berbeza.
Kota London dan Kaherah.


Gambar terkini sekitar Disember 2018 di Kaherah,Mesir

TURKI ....AKU DATANG 5

Siapakah yang tidak kenal Mustapha Kamal Ataturk yang terkenal di bumi Turki. Ia nya merupakan sebahagian daripada eksplorasi Turki sebelum berakhir di Istanbul. Bandar pentadbiran dan ibu negara Turki, Ankara.

Disinilah terletaknya muzium Mustapha kamal Ataturk. Dikenali sebagai Pengasas Turki.yang juga merupakan salah seorang Presiden Turki.



Pesanan Presiden Turki

Makan tengahari 


Lawatan ke Istanbul Spice Market mengakhiri perjalanan kami di bumi Turki.
Penerangan dari penjual manisan

TURKI..AKU DATANG 4

04OGOS 2018

Konya-destinasi kami seterusnya. Dianggarkan kira-kira 3.7 juta pelancung mengunjungi Mevlana Museum. Cerita bermula seawal tahun 1300. Agak menarik cerita ini bagaimana Maulana itu dilantik?
Bermula dengan .......


Monday, August 12, 2019

MEDAN INDONESIA -MARCH 2019


Sumatera, Indonesia.
Maret 2019.

Tanggal 4Mar19, saya sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi Medan untuk kali keempat.
Misi asalnya hanya sekadar menemui ahli keluarga moyang saya Jaafar B. Ali di Medan.

Ternyata kali ini agak berbeza lawatan selama 4 hari 3 malam ini.

Bertempat di Jalan Jen Brigade Katamso (jalan utama) di bandar Medan tempat saya dan keluarga  berkumpul bersama keluarga M.Amin Lubis.

Kami menziarahi tanah perkuburan Mandailing,Medan yang terletak tidak jauh dari kediaman kami. Di sinilah perkuburan Arwah Abang Amin, ayah dan ibunya, anak nya Absar dan cucunya (anak Diana).

Memang menjadi lumrah pelawat akan pasti ke tempat-tempat menarik di Medan dan sekitarnya seperti Danau Toba, Parapat dan Berastanggi bila ke Medan.Ini BUKAN matlamat saya sekeluarga

Lawatan yang pertama ke Medan pada tahun 1993, kami sempat menemui saudara Arwah datuk kami. Pakcik Hosni, Pakcik Hassan dan Makcik Mardiah (suaminya Usman Hasibuan). Inilah adik-beradik ayah kepada Abang Amin (M.Arshad Lubis). Kami cuma tidak berkesempatan menemui Pakcik Arshad dan Mak Kak Ujin kerana telah meninggal dunia.

Lawatan kali agak berbeza. Bandara(bandar udara/lapanganterbang) di Medan sudah bertukar dari Bandara Polonia ke bandara yang baru Kuala Namu. Bandara Kuala Namu dilengkapi dengan kemudahan yang bertaraf hebat dengan kemudahan keretapi ke bandar Medan dan bandara yang besar dan lengkap dengan kemudahan seperti Aerobridge.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Istana Maimon,Medan. Disinilah sejarah kesultanan Indonesia tercatat. Sultan Maimon adalah yang terhebat dalam sejarah kesultanan Indonesia. Difahamkan Sultan terkini berada di Makassar.

Tiba waktunya untuk solat zohor, kami ke tempat kedua. Masjid Raya. Terdapat bahan sejarah merupakan naskhah AlQuran (hampir 100 tahun) yang dipindahkan dari Istana Sultan Maimon.

Membeli-belah di Pasar Besar Medan sudah menjadi kemestian pelawat ke Medan. Bangunan 4 tingkat yang tidak banyak berubah sejak lawatan saya pada tahun 1993. Agak usang pada waktu kini dan perlu mendapat perhatian pihak pemerintah. Pasar ini menjual aneka barang termasuk makanan asas ikan dan sayur-sayuran untuk keperluan harian, ianya juga menjual cenderahati untuk majlis perkahwinan dan pakaian untuk penduduk setempat dan pelawat.

Kak Ramlah (isteri sepupu saya) menjual pakaian untuk wanita di sini sejak tahun 80an manakala anak saudara saya Diana (yang mengikuti jejak ibunya) turut menjual cenderahati perkahwinan di pasar.

Tidak lengkap jika kami tidak berkesempatan menemui ahli-ahli keluarga yang lain.

Agak sedih bila kami menziarah keluarga Kak Ujin (yang dulu duduknya di Sei Padang).
Hanya berkesempatan berjumpa dengan Abang Poerwanto (bersara dari USU- Universitas Sumatera Utara) yang hampir sembuh daripada stroke.  Semangat kental beliau amat kami kagumi bila beliau boleh berkebun pada waktu pagi di sebelah kediamannya. Pada waktu petang, beliau menghabiskan waktunya ke masjid yang berdekatan untuk waktu magrib dan isyak walaupun keadaanya belum pulih sepenuhnya. Dikhabarkan anak lelakinya Oki telah berumahtangga di Semarang manakala adik perempuannya Disa di Jakarta. Hanya tinggal Difa (kembar kepada Disa) yang bertugas di Medan dalam bidang perubatan.


......

2019- SANA SINI

08Julai2019
DORSET HOTEL, PUTRJAYA
(sekadar catatan peribadi.Tahun ke 30 bersama MH)

Makan malam bersama-sama dengan rakan-rakan dari Penerbangan Jepun (Japan Airlines) yang bertujuan membentuk kerjasama diantara dua syarikat penerbangan dibawah payung Oneworld.

 Tepuk sorak ala permainan Pink Fong tanda bermulanya majlis makan malam di antara MH dan JL.


Bersama dengan Mitsuki (JL) dan rakan-rakan MH: Polan, Firdaus dan Nita sebelum bermulanya makan malam.

Majlis berakhir dengan bergambar beramai-ramai sebagai tanda bermulanya perbincangan di antara 2 syarikat penerbangan.

Tuesday, August 21, 2018

TURKI ..AKU DATANG ..2

03OGOS2018


Sebuah kehidupan.Bak kata pepatah,
 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Selain daripada aiskrim turki (yang dijual 10 lira setiap aiskrim) berdekatan Green Mosque,Bursa,si penjual teh,kuih dan buah-buahan ini menarik perhatian saya.

(Pesanan buat kami: Demi sesuap nasi, rezeki ada dimana-mana)




KONYA
Malam pertama kami di Turki.Bandar pertama yang kami singgah dan bermalam Konya.



GROUP WHATSAPP

Berbekalkan internet (free wifi) yang terdapat sepanjang berada di hotel penginapan kami dan didalam bas, pesanan menerusi Whatsapp tanpa henti menghilangkan kebosanan kami sepanjang perjalanan di Turki dan juga pesanan untuk semua. Yang paling best,

Soft Reminder dari Kak Ina tanpa jemu setiap malam.

04pagi- wakeup call
06pagi - Sarapan pagi
08pagi - berkumpul di lobi untuk perjalanan seterusnya.
GOOD REST AND SWEET DREAM.

(Pesanan: Ingatan buat semua dalam kehidupan yang mencabar ini!!!!) 


BEST DRIVER IN TOWN

Sepanjang perjalanan, kami tidak lupa pada pemandu yang berpengalaman, Jihan (nama sebenarnya Cihangir umut bolat) yang tanpa  jemu memandu dengan penuh sopan dan berhemah. Yang pasti dia akan berhenti di R n R yang sesuai untuk keselesaan kami ( tandas,surau dan kedai makan)



Cihangir dan anak kesayangannya


Sebelum sampai ke destinasi berikut, kami makan tengah hari di salah sebuah restoran.



PAMUKALLE

Destinasi kami seterusnya dikenali sebagai Cotton Castle di Turki. Dalam bahasa Turki, Pamukalle bermaksud istana kapas atau benteng kapas. Terletak di Denizli,Turki, ianya kejadian alam yang luarbiasa.Terdapat air panas (difahamkan sekitar 35 degree celcius)  yang mengalir dari puncak gunung hingga ke lerengnya yang mengandungi mineral karbonat yang ditinggalkan oleh air yang mengalir. Sesuai untuk kulit yang bermasalah dan dikhabarkan turut digunakan pada zaman Rom oleh Cleopatra (suatu ketika dulu untuk mengekal kecantikannya). Kawasan ini dikenali oleh UNESCO sebagai tempat warisan dunia.

Sekilas pandang dari kawasan rendah, ianya seperti istana kapas walhal ianya  tersusun dari batu-batuan yang berwarna putih.





Disini juga terdapat antique City Of Hierapolis. Mengikut sejarah,Pamukkale telah dijadikan air Spa sejak zaman Rom. Kolam air Spa tersebut dipenuhi dengan banyak batu marmar yang diambil dari kuil Apollo, Roma.

Yang turut menarik kami singgah di masjid di pekan yang berdekatan Pamukalle untuk melihat sendiri telatah penduduk tempatan. Yang dah pencen dan agak tua, kedai minum yang menjadi singgahan mereka sambil menghirup teh Turki (chai).  Situasi begini juga kita lihat di pekan-pekan kecil di Malaysia sama ada kedai kopi (kopitiam) atau kedai mamak (untuk teh tarik).





SHANGHAI OKTOBER 2025

Perjalanan pertama ke Shanghai pada 21 hingga 25Oktober 2025. Meliputi 3 bandar utama. Bermula dari LTAB Pudong ke Suzhou (1 malam di sana),...