Tuesday, August 21, 2018

TURKI... AKU DATANG


(Ucapan terimakasih buat Abang Mi dan Kak Tini  yang membolehkan kami menyertai kembara ini dan juga anak-anakku baik di Kuantan dan Sungai Petani - U know who you u are.....
Not to forget, my beloved wife, Jija for making the trip much memorable one for our overseas honeymoon. Tidak lupa Kak Ina dan brother Berkan dan abang driver ...)

Sekadar catatan penulis sempena lawatan ke Turki untuk maklumat generasi akan datang.

01OGOS2018
KUALA LUMPUR

Penerbangan Turkish Airlines dari KLIA pada 01Ogos18 lalu membawa seribu pengalaman pahit manis buat kami bagai percutian berbulan madu yang paling lama dalam sejarah hidup kami.

Pesawat TK061 mengambil masa hampir 11 jam untuk menyempurnakan perjalanannya.


Gara-gara masalah ketidakpuasan perut salah seorang penumpang, suasana kami dalam pesawat hampir mengecewakan dan hampir mengakibatkan bantuan oksigen dikeluarkan dari setiap corong di atas tempat duduk penumpang dalam kabin ekonomi . Hanya gelak ketawa saja yang dapat menutup kisah benar ini.


02OGOS2018
ISTANBUL-6.15PAGI

KEINDAHAN NEGARA ANTARA DUA BENUA DI TURKI
(Begitulah gambaran yang dijangka apabila menerima maklumat perjalanan dari Sis Ina)

Tepat Jam 5.15 pagi kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul (LTAI). Halangan pertama ialah menempuhi kaunter Imigrasi yang agak padat dengan penumpang berbilang negara dan waktu pagi merupakan waktu puncak di LTAI.


Masa untuk bersiap diri di lapangan terbang agak terhad disamping dapat menunaikan solat subuh yang agak lewat.


Sesudah keluar daripada LTAI, bas kami sudah siap sedia untuk mengharungi kesibukan Kota Istanbul seawal pagi. Menjangkakan kesibukan Istanbul, perjalanan dipendekkan dengan menggunakan feri untuk mengharungi sungai dan bergegas ke bandar pertama sebagaimana yang dijadualkan.








BURSA-12 TENGAHARI

Kami berkesempatan mendapat maklumat tentang Bursa daripada Berkan (pemandu pelancung kami berbangsa Turki yang dilahirkan di Jerman dan menetap di sana hampir 10 tahun) . Penduduk Bursa sekitar 1.1 juta orang. Bursa juga dikenali sebagai bandar 7 bukit (7 hills city). Terkenal juga sebagai pusat automobil tempatan dan kain. Terdapat gunung yang dikenali sebagai Ulu Dal (gunung yang besar) yang mana terdapat aktiviti mendaki gunung disini.
 Makanan yang terkenal di sini ialah kebab (Iskander kebab) yang merupakan makanan tengahari rasmi kumpulan kami di Bursa.


Kami sempat bergambar berkumpulan berdekatan dengan Green Mosque dan Green Mausoleum.


sebelah kiri adalah kawasan Green Mosque dan Green Mausoleum.

1.Grand Mosque


Di Bursa juga terdapat Masjid besar yang berusia lebih 600 tahun (grand mosque atau lebih dikenali sebagai Ulu cami). Disini bermula tamadun Islam pada zaman Kesultanan Utsman (Bani Ottoman).

Menariknya masjid ini terdapat 22 kubah. 1 daripada kubah ini tidak ditutup (kini diletakkan syiling lutsinar) bagi cahaya masuk menerangi masjid ini. Khabarnya, masjid ini didirikan atas tanah-tanah wakaf umat Islam dan termasuklah satu kawasan tanah asal milik seorang Yahudi. Disini letaknya perigi dan kini dijadikan kolam tempat mengambil wuduk didalam masjid.

Bagi membuktikan ajaran islam yang datangnya dari tanah suci Mekah (yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.aw), terdapat kiswah (kain kaabah yang lama dipamerkan didalam masjid ini yang dibawa dari Mekah oleh salah seorang panglima Islam pada zaman kesultanan Ottaman (khalifah terakhir Islam-yang berakhir sekitar 1924 sebelum penguasaan Mustafa Kamal AlTartuk).

Tempat pertama kami singgah.Antara masjid tertua di Bursa.


2.GREEN MOSQUE (Yesil Cami) /GREEN MAUSOLEUM

Green Mosque merupakan masjid pertama yang dibuka sekitar tahun 1400an. Dibina di antara tahun 1419 dan 1420 oleh Sultan Mehmed I Celbi. Arkitek bangunan ialah Haji Ivaz Pasha.
Melambangkan keagungan Empire Ottoman setelah 11 tahun bermula setelah tamat peperangan Ankara 1402.Masjid ini dibina semula dari tahun 2010 hingga 2012. Merupakan salah satu bangunan warisan dunia yang direkodkan oleh UNESCO.
Bersama imam masjid hijau.


Pokok maple (yang daunnya berwarna hijau) menjadikan masjid yang didirikan di situ diberi nama Masjid Hijau (Green Mosque) dan juga dindingnya yang diletakkan mozek hijau. Pada Kesultanan Utsman, ibu negara Turki dan pusat pemerintahannya berpusat di Bursa.
Di pintu masuk Green Mausoleum

Dihadapan masjid itu dibina bangunan (berbentuk huruf T)  yang merupakan pusat pentadbiran Turki (yang juga tempat ulama-ulama ketika itu bermesyuarat). Kini ianya menjadi makam Sultan Mehmet I Celebi dan ahli keluarganya (walaupun mereka tidak disemadikan di kawasan tersebut) dan diberi nama Green Mausoleum.









Saturday, May 26, 2018

BUMI TAIF, ARAB SAUDI


TAIF -BUMI BERSEJARAH

Dua hari sebelum kami pulang ke tanah air, kumpulan Umrah kami membuat kunjungan ke bandar Taif. Bagi yang berada dalam industri penerbangan, Taif merupakan Lapanganterbang alternatif kepada pesawat-pesawat yang bakal mendarat di Jeddah atau Madinah. Taif juga bandar pertahanan kepada Arab Saudi.

Dengan ditemani seorang pemandu pelancong yang boleh bertutur bahasa Arab dan Inggeris, kami dihidangkan dengan pelbagai cerita mengenai Taif. Kunjungan kami ke tempat-tempat menarik seperti Istana lama Raja Arab Saudi, Masjid-masjid yang didirikan oleh nabi Muhammad SAW dan pengikutnya menjadi perhatian utama jemaah.




Salah satu pintu masuk kediaman pembesar di Taif.

Selain daripada itu, kawasan perusahaan minyak wangi dan teh yang dihasilkan daripada bunga ros dan pasar buah-buahan (ala-ala pasar buah-buahan dan bungs di Cameron Highlands, Malaysia) turut menjadi perhatian jemaah.


Anak-anak minum petang Teh Ros yang disajikan







......

OHAIYU GOZAIMAS - TOKYO - 2-

04JAN17

SHIBUYA

Bandar Shibuya terkenal dengan kesibukan pejalankaki bila melintas dihadapan stesen keretapi ini dan direkodkan antara tempat melintas yang paling sibuk didunia.
Shibuya crossing



Tugu Hachiko di Shibuya


Agak menarik bila kisah seekor anjing bernama Hachiko turut menjadi tumpuan ramai bila berada di Shibuya.
Binatang peliharaan dan juga peneman kepada seorang lelaki yang berbangsa Jepun turut mendapat perhatian ramai di Jepun. Kisah seekor anjing yang setia menunggu kepulangan tuannya di Shibuya
pada tempoh yang agak lama walaupun diberitakan bahwa tuannya sudah meninngal dunia.Akhirnya, anjing ini mati di Shibuya.
Tugu anjing ini dibina bagi memperingati seekor anjing yang setia kepada tuannya

Di hadapan pusat membelibelah Seibu,Shibuya.
Kami turut  merakam gambar  
seorang pemandu teksi tempatan yang mencari rezeki di sekitar pusat membelibelah Shibuya.

Selain daripada tugu anjing di Shibuya, tarikan keretapi lama yang dihias begitu rupa untuk peminat Hello Kitty turut menjadi tumpuan orang ramai.
Didalam keretapi Hello Kitty yang dihias bagi menarik perhatian peminatnya.
Dihadapan keretapi Hello Kitty.
..........

Saturday, January 20, 2018

RONDA RONDA KUALA LUMPUR (SATU)


26Disember2017
Jalan Ampang

(Terimakasih buat Tuan Haji Roslan Rashid atas bantuan ikhlas beliau)

Kuala Lumpur tidak pernah menjanjikan sesuatu yang menarik buat penghuni tempatannya selain daripada kesibukan jalanraya yang tiada penghujungnya selain dipenuhi pendatang asing sekitar hujung minggu di bandaraya ini , khasnya di sekitar Jalan Silang, Kota Raya, jalan menuju Gereja St John, Leboh Ampang, Pasar Seni dan perhentian bas Klang.

Bersempena cuti sekitar hari Natal yang lalu, kami sekeluarga membuat keputusan untuk mengunjungi Kuala Lumpur lagak pelancong asing dengan menaiki Bas dua tingkat KL HOP-ON HOP-FF melalui 23 lokasi yang dicadangkan. Bermula dari Kompleks Pelancongan MATIC Jalan Ampang dan berakhir di KLCC.


Tuesday, April 18, 2017

Sunday, April 16, 2017

A DAY TRIP TO SOUTHEND -AUGUST 1987 (PART 1)








It was Sunday 16Aug 1987. After 3 days back from Hull, the word "tiring" was not my concern as i liked to explore as many places whilst i am abroad. It was unplanned trip.

It took about 1 hour and 25 minutes for us to reach the beach, Southend from East Ham railway station.It was a sunny sunday.  The trip joined by Fadzil,Khalid,Khalizan and the girls.


Tuesday, January 24, 2017

OHAIYU GOZAIMAS NARITA -1-

(Terimakasih buat rakan-rakan Road To Japan di facebook dan rakan2 sepejabat di Kuala Lumpur dan Jepun yang memberikan tip-tip berguna untuk perjalanan ini)

02JAN2017- KLIA

Perancangan untuk kali ketiga melangkahkan kaki ke bumi matahari terbit menjadi kenyataan kami sekeluarga.

Hanya bandar Narita dan Tokyo sempat kami lawati sepanjang 6 hari 5 malam di Jepun.

Berbekalkan sarapan ala kadar di cafe Kopitiam Malaya di KLIA memberi kami suntikan untuk menjejaki bumi asing yang tidak pernah dilawati.

Jam 5.30 petang, Kami sampai di Lapangan Terbang Narita, Tokyo.

Entah apalah nasib kami bila rakan yang bakal ditemui tidak lagi bertugas di Lapangan Terbang Narita. Cukup agak beruntung kerana beliau telah sempat membuah tempahan bilik hotel bagi kami sekeluarga. (Arigato Daisuke Shiizu-san)

.
Berhadapan stesen keretapi Narita
Hotel kami Narita Excel Tokyu hanya terletak 15 minit daripada Lapangan Terbang Narita dan disediakan bas ulangalik di antara hotel dan lapangan terbang hampir setiap jam memudahkan kami sekeluarga.

03JAN17 - NARITA-AKIHABARA-UENO

Dengan membeli kad PASMO (macam Kad Touch n Go di Malaysia), kami mudah menaiki kenderaan awam seperti bas dan keretapi sekitar Tokyo.

Dengan menaiki keretapi biasa (local train) ke Akihabara, ianya mengambil masa hampir 1 jam 30 minit.

Destinasi pertama merupakan idaman anak-anak saya yang meminati anime. Akihabara juga tempat barangan elektronik/IT yang terkenal di Tokyo.

Seawal jam 9.30 pagi, dengan cuaca sekitar 10 darjah celcius dan dibaluti jaket dan pakaian musim sejuk, kami mengharungi bandar ini.

Stesen keretapi Akihabara
Kita tentu tidak menyangka bahwa pelbagai karakter kartun telah lama bertapak di bumi Jepun. Antaranya Ultraman, Doraemon, Sailor moon, Gundam.

Kedai-kedai sekitar Akihabara


Kami berkesempatan singgah di salah sebuah pasar minggu yang menjual pelbagai barangan
anime dan agak murah.








Gundam Cafe 

SHANGHAI OKTOBER 2025

Perjalanan pertama ke Shanghai pada 21 hingga 25Oktober 2025. Meliputi 3 bandar utama. Bermula dari LTAB Pudong ke Suzhou (1 malam di sana),...