Thursday, August 23, 2012

My last Summer Holidays :1989

It was summer holidays-my last Summer holiday before i leave the country,Britain.

19 June1989.
It was the second week of  Summer Holidays after my final exam.Woke up late on monday morning. Went to bank to buy the travellers cheque valued GBP50. I couldnot recall why i wanted the travellers cheque.It was a surprise that i received an application form for the part-time job that  i applied earlier. the job was related to the coming event which took place in the city of London. It was the tall ship events in conjuction with the 800th anniversary (1189-1989)City of London:Lord Mayor.

20June1989
I played table-tennis in Barking followed by the real tennis (the cement court) in the afternoon at East Ham. My coursemate, Samin called and asked about my activities. Actually, we intended to go Europe in the next few weeks.

21June1989
It was like a crash course for me to learn tennis. This time, i had the chance to play tennis with Samin.It was a bad Wednesday for Londoners as London Transports was on strike again. i could not recall how many times  the strike occurred on Wednesdays in the year 1989. It was about the money that they wanted like salary increment, additional perks for the staff. But the best part is that the strike was made known to public in advance for them (especially the workers) be ready to find alternative mode of transport to work or make a day off.

22June1989
Went to Haniff's house, my malaysian friend who studied at LSE.He was preparing to move to another new house.

24June1989
Received a letter.I got the part time job which i wanted badly to earn some money for my Summer Holidays. Have to report to work in the following week for 2 weeks. Shon came to my house and as usual without fail, i continued my "tennis lesson" with him- that time. FKA called me to inform about her plan to travel Europe in the following week.

25June1989
It was a beautiful and sunny Sunday. My house mates,Mahfiz and i went to Kew Gardens for a picnic. Not forgetting, someone brought the radio (even not allowed in the public park for listening loudly). We brought sandwiches and cookies too. Kew Gardens was known for its green. A very big and huge garden where we can find the tropical plants like coconut tree, banana tree in their special Summer Garden. In the museum, you can find the rubber tree which was introduced in Malaya in early days of  British occupation. Remember: Who brought the rubber tree to Malaya (must open History book).

Thursday, July 5, 2012

ONE DAY TRAVEL CARD:LONDON




Sekadar catatan buat teman-teman yang sama-sama mengharungi perjalanan sekitar ibukota London 

 Saya mula mengenali kad ini seawal 1986 bila kami perlu ke Central London (atau lebih tepat Malaysia Hall yang terletak di Bryanston Square. Tube yang terdekat ialah Marble Arch (central line). Waktu itu cuma GBP 1.60 (bagi tahun 1986) untuk semua zon. ketika itu ada Zon 1,2,3A,3B dan 3C. Tahun 1988 setelah 2 tahun berada di London, kadnya dinaikkan ke GBP 2.00. Tahun seterusnya Zon bagi One Day Travel card bertukar kepada Zon 1 hingga Zon 5.

 Yang lebih menariknya, kad ini boleh dipakai sepanjang hari dan boleh menaiki semua bas yang berwarna merah (Red London Bus) dan semua perkhidmatan kereta api bawah tanah (dikenali sebagai tube ) sekitar London.

 Kami pelajar Malaysia (ketika itu-1986) yang ditempatkan di St Mary College mula mengenali stesen keretapi bawah tanah South Woodford.Terletak di laluan utama (central line). Perjalanan ke stesen Marble Arch menggunakan keretapi tersebut (tube) mengambil masa sekitar 1 jam daripada South Woodford. Dalam tempoh sebulan, setiap hari Jumaat kami ke Marble Arch untuk menunaikan solat Jumaat di Malaysia Hall.

Bagi pelajar yang menuntut di Kampus Utama NELP (North East London Polytechnic) yang terletak di Dagenham, Stesen keretapi Laluan District(District Line) Barking tidaklah  asing bagi mereka yang menjadi tumpuan untuk mengambil tube apabila hendak ke Central London. Bagi pelajar di Kampus Holbrook, stesen utama ialah Plaistow yang juga terdapat kedai barangan orang-orang Asia.

Ingin tahu berapa harga One Day Travel Card Sekarang?
Sekitar GBP 7 hingga GBP 9 bergantung kepada zon yang dilalui.

OK-JUMPA LAGI DI KOTA LONDON PADA SUKAN OLIMPIK 2012

Sunday, June 10, 2012

Kawan,Sahabat,Akhi..dimana-mana saja

Where are my FRIENDS? Who they are NOW?
(not intended to offend anyone by publishing some of the facts of my old friends)

Aku sedang membelek buku alamat lama yang disimpan sejak 1989. Sebelum ianya dimusnahkan atas sebab peribadi, izinkan aku untuk menulis semua nama sahabat-sahabat yang dikenali sejak di bangku sekolah hinggalah tamat pengajian tinggi (sebagaimana yang tercatat didalam buku alamat ini..maaf alamat penuh dan no tel perlu dirahsiakan).

Rakan-rakan Ausmat (Kumpulan Pelajar Matrikulasi Australia 1984-1985)

Abdullah Rahman Abdullah..dari Kuala muda Kedah. Menuntut di Kolej Islam Kelang. Kali terakhir bertugas di KPMG dan dikhabarkan menetap di Ulu Langat, Batu 14.

Abdul Razak Atan..dari Mersing. Seorang jurutrea yang bertugas di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia..kali terakhir bertemu sekitar Julai 2007 sewaktu majlis bersua kembali bekas pelajar NELP di Putrajaya.

Ahmad Razif (AUSMAT 2) ..dari Keramat. kali terakhir berjumpa awal tahun 2000 di salah sebuah pasar raya terkenal di Wangsa Maju.

Aziz BP ...dari Batu Pahat..lebih kenal beliau disebabkan kakaknya merupakan guru Bahasa Malaysia ....sewaktu di Sekolah Menengah Tasek Utara, Johor Bahru. Dikhabarkan bertugas di JB? lost contact.....

Azhar Ahmad aka ayam  ..juga dari Kg. Istana,BP (sekampung dengan Aziz Zaki)  Seorang jurutera juga. Kini menetap di Alam Damai.

Azahari (sama-sama mendalami ilmu agama bersama pakcik ku dari Melaka)...menuntut di Australia.

Azman Arifin yang menetap di KL. Pakar kejuruteraan dalam bidang air (kalau tak silap)..tapi bukan gang IWK.

Abdul Halim UMW,Shah Alam...masih setia dengan UMW..yang selalu belanja makan tengah hari
(masih dalam ingatan dan selalu berinteraksi melalui telefon)...salah seorang AJK yang mengelolakan Majlis Bersua Kembali Bekas Pelajar NELP di Putrajaya.

Fared Wakimin...Kini bermaustatin di Sintok,Kedah. berasal dari Kota Tinggi (Orang Johor)

Hawa Rohany...kali terakhir berjumpa di Colchester,UK. Bekas pensyarah kami di KPP,Shah Alam.

Khalizan Mahmud ..Ganu kite  -rakan serumah di Shah Alam dan London. Arkitek.

Khalid Habib ..kita panggil Wak  -  dari Kapar,Klang...rakan serumah di London. juga seorang Arkitek.kali terakhir bertemu sekitar Julai 2007 sewaktu majlis bersua kembali bekas pelajar NELP di Putrajaya.

Majid Yahya..kemana hilangnya sahabatku yang kali terakhir berjumpa di Johor Bahru sekitar tahun 2006. Berasal dari Parit Sulong, Johor.

Roslan Daud...seorang graduan IT.

Rosdin Anang... kali terakhir berjumpa di Glenmarie,Shah Alam.

Sahardin Md.Nor....dari Kesang Laut,Muar...seorang jurutera.

Sulaiman Pinyee..rakan serumah di London. juga seorang Arkitek.kali terakhir bertemu sekitar Julai 2007 sewaktu majlis bersua kembali bekas pelajar NELP di Putrajaya.

Shamsiah Ibrahim...Graduan UUM.....berasal dari Muar, Johor.

Wan Abdillah....orang kuat NSTP

Zuhair Bakri Abu Bakar...dari Kota Bahru..rakan sebilik di KPP Shah Alam.

Zahir Zainun dari Kulim.juga rakan sebilik di KPP Shah Alam.

Rakan-rakan NELP/London (sama-sama menuntut di UK sekitar tahun 1986-1989)
(sebahagiannya ada tercatat di dalam kumpulan rakan-rakan AUSMAT)

Zakaria Daud..siapa tak kenal Pak Ya dari birmingham (warden Malaysia Hall di Birmingham)....kali terakhir berjumpa di pejabat beliau di Pusat Bandar Damansara sekitar tahun 1991.

Zarinah Mohd.Noor...satu-satunya pelajar NELP dari Singapura. PAMA sponsored.

Zainuddin Razak (ex-ITM) ...yang mengambil jurusan Arkitek di London.
William Pasenal...sama-sama di fakulti Sains, NELP.

Tahir Noh..gang GPMS di JB.Menuntut di bidang perubatan di Scotland.

Shahid Hamid Saharan...berhijrah dari India Ke UK dan menetap di Rugby,UK. rakan sekelas di NELP.Sudah berumahtangga....

Salim...Muslim dari Afrika Selatan. Graduan jurusan Applikasi Biologi. Bekas Pengerusi Persatuan Pelajar Islam di NELP/Kampus West Ham.


..........


Tuesday, May 15, 2012

2 Hari 1 Malam: Program Firqah:Bahagian 2

15April2012
Adam dan kawan-kawan di rumah datuknya,Hj.Bakhir Nasom.
Ahad..hari kedua dan terakhir bagi anak-anak bersama keluarga saya. Untuk lebih mengenali keluarga kami, kami ke Danau Kota. Menziarahi datuk Adam di sana.

Sebagai selingan buat anak-anak, kami sempat singgah di Taman Furlong, Setapak ..ke Pustaka Peringatan P.Ramlee.
Di Pustaka Peringatan P.Ramlee

Selepas kami menjamu selera di Wangsa Maju, kami ke Putrajaya untuk mendirikan solat Zohor sebelum menghantar anak-anak pulang ke asrama mereka.


Semua anak-anak selamat sampai di Imtiaz Melaka dan bersedia untuk Solat Magrib.



 

Didoakan agar anak-anak ini akan berusaha meneruskan perjuangan mereka untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

Amin.





Wednesday, May 9, 2012

29MAR1989- ALTON TOWERS

LONGBRIDGE ROAD -WED29MAR1989

(Special thank to Bashrah who took this photo of Old Barking Precint on her recent trip to Lonngbridge Road,Dagenham,UK)

I knew what you did last Easter?(Dedicate this story to whom joined the trip on 28Mar1989)

7am.....We were at Barking Precinct (see the above photo).Prepared for a journey to have fun.
8 am ...The coach departed for Alton Towers (the only best theme park i remembered in 1989 in UK).
The trip was arranged by the NELP MSA (Malaysia Students Association) .We arrived around 11am. The weather was  a bit mild and windy (the end of Easter season) .. this was my second trip to Alton Towers after we drove some time back  in 1987 (after i recovered from my chicken pox and thanks to Zul and Fadhil for arranging the lovely trip- see photo below).

It was a horrible incident happened which i could not forget todate. the worst roller coaster i took in my life!!  known as big apple which took about 3 and half minutes to go up and down, left and right, felt like losing my whole body..and guessed what.. i somehow got vomitted after the ride.. and lost my mood for the day to enjoy other ride ....

1987-The first trip to Alton Towers on the Grand Canyon Rider.
With Fadzil, a SouthBank-architecture student had lunch at Alton Towers,1987.
........

Monday, April 16, 2012

2Hari 1Malam- Program Firqah ....


Tugasan mula diserahkan kepada pelajar sebelum memulakan perjalanan Program Firqah 2012.


SABTU14APRIL2012:MASJID TANAH.
Keluarga saya menawarkan diri untuk menjadi tuanrumah kepada 3 pelajar Imtiaz Melaka bermalam di rumah kami di Kuala Lumpur. Program Firqah diberi nama. Pelajar bersama dengan anak kepada keluarga tersebut dikehendaki memenuhi tugasan yang telah diberikan sepanjang mereka berada bersama keluarga anak.Saya dan isteri diberi tugas sebagai ibu dan bapa angkat kepada mereka. Disini tugasan diberikan kepada dua-dua pihak untuk memenuhi objektif yang dikehendaki sekolah.

Terdahulu, pihak sekolah telah menganjurkan jaulah jiran yang memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk mengenali jiran yang berdekatan dengan sekolah disamping merapatkan hubungan silatulrahim diantara mereka. Kemudian, program jaulah Masjid yang mendedahkan pelajar kepada masyarakat setempat dan ahli masjid kariah tersebut. Disamping menunaikan solat di masjid, beriktikaf, membaca alQuran bersama-sama di Masjid.

Tepat jam 10pagi, 3 pelajar yang terpilih, Ammar,Safwan dan Hakimi menyertai anak saya Adam untuk pulang ke rumah kami di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa kurang dari 2 jam.





Dimulakan dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulilah.Makanan tengah hari disajikan buat anak-anak Imtiaz di Kompleks Muhibah, Taman Nirwana memandangkan masa yang suntuk untuk kami sekeluarga menyediakan makanan bagi waktu tengah hari.

Antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh anak- anak Imtiaz ialah solat berjemaah dan makan bersama keluarga Angkat. Dalam hubungan mengenali masyarakat setempat keluarga angkat, anak-anak Imtaz juga perlu mengenali sekurang-kurangnya 3 orang tanpa mengenal usia atau pangkat.
Ammar,Safwan,Hakimi dan Adam bersama Raffee(yang berdiri)  untuk minum petang.
Hujan pada waktu petang Sabtu itu menggagalkan mereka bermain bola bersama-sama dengan rakan-rakan Adam. Walaubagaiamanapun, agak menarik mereka dapat berkenalan dengan jiran yang kebetulan singgah di rumah kami. Apalagi Auntie Zila menjadi mangsa yang pertama! Hakimi menjadi pencatat nota, manakala Ammar dan Safwan memulakan bicara untuk menemubual Auntie Zila! Disini dapat kita lihat kemahiran anak-anak berinteraksi dengan kenalan baru. Mereka juga berkesempatan mengenali Rafee, anak auntie Zila yang turut sama menyertai minum petang di rumah kami.Orang ketiga yang mereka temubual dan berkenalan adalah Akhi Adam, abang Adam yang masih menuntut di Tingkatan Lima.

Bersama-sama membaca AlQuran selepas Solat Maghrib.
Maghrib menjelang. Sesudah solat berjemaah, tugasan seterusnya bermula. Mereka berempat membaca Surah Arrahman. Untuk tidak menghampakan anak-anak yang belum pernah menjejakkan kaki ke kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur, kami bersama-sama solat berjemaah di Masjid KLCC.

BERSAMBUNG....................................................../1


Berlatarbelakangkan Masjid dan KLCC-sesudah solat Isyak.






Tuesday, April 10, 2012

Januari 1989 - Cambridge, Surat dari seberang dan Kertas Kursus yang belum selesai.

Isnin 02Januari 1989

Cuba untuk menyelesaikan kertas kursus dan tugasan yang diberi oleh Dr.Saebi (salah seorang pensyarah kolej dari Iraq). Menonton perlawanan bolasepak EPL secara langsung bagi mengisi masa lapang sebelum meneruskan ulangkaji pelajaran yang lalu.

Subjek 256- 2 jam. Subjek 360 -2 jam.


Selasa 03Januari1989.

Tepat jam 9.35pagi, keretapi kami berlepas dari Stesen Liverpool Street. Perjalanan yang tidak dirancang.Menemani sahabat serumah Khalizan ke Cambridge,salah satu universiti termasyhur di UK.
Kami sampai jam 10.40 pagi. Hampir kesemua kawasan kolej di Universiti Cambridge kami lawati. Yang penting, Khalizan dapat mengambil gambar-gambar dan maklumat yang diperlukan untuk projeknya (Architecture).

Sesuatu yang agak pelik. Kuliah sebahagian pelajar di sini adalah didalam gereja lama yang dijadikan lecture hall. Yang menarik, sebahagian besar masyarakat sekeliling Cambridge adalah pelajar-pelajar
dan mereka gemar berbasikal sekitar kolej dan pekan Cambridge.

Kami pulang sekitar jam 4 petang setelah selesai tugasan dan pusing sekitar pusat membeli belah di Cambridge.

Hari ini, saya menerima dua pucuk surat yang menarik. Pertama, Zahir,rakan sebilik sewaktu di Shah Alam dulu yang sudahpun lulus dan menerima Ijazah dalam bidang Ekonomi pada Disember 1988. Kedua, surat dari seorang rakan kelas AUSMAT yang masih menuntut di UUM (teka siapa?).

SHANGHAI OKTOBER 2025

Perjalanan pertama ke Shanghai pada 21 hingga 25Oktober 2025. Meliputi 3 bandar utama. Bermula dari LTAB Pudong ke Suzhou (1 malam di sana),...